Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siswa universiti Jordan manfaat latihan di Warees Investments

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



DARI AMMAN, JORDAN - SEKITAR separuh jalan tempoh pengajian Encik Muhammad Haris Affandi, pelajar Fiqh tahun keempat daripada Sekolah Syariah Universiti Jordan (UOJ) itu terpaksa diadakan di belakang skrin komputer.



Namun memandangkan cara pertuturan Bahasa Arab di Jordan jauh berbeza daripada bahasa yang diajar 'dalam buku teks' sepanjang 12 tahun beliau bersekolah di madrasah di Singapura, beliau hingga kini - masih cuba membiasakan diri dengan pertuturan penduduk tempatan.



Pada awal 2020, Encik Haris merupakan sebilangan pelajar Singapura yang terpaksa meninggalkan Jordan apabila Covid-19 melanda.



Disebabkan itu, pengajiannya beralih secara dalam talian dan menurutnya bermula daripada 2 petang hingga tengah malam atau awal pagi, disebabkan waktu Kerajaan Hasyimiah Timur Tengah itu lewat lebih lima jam berbanding waktu Singapura.



"Jadi terdapat banyak gangguan bagi kami yang belajar dari Singapura sebab waktu sekolah bermula lebih lewat dan banyak masa lapang terkorban kerana kami harus menghadiri kelas," kata Encik Haris anak sulung dalam keluarga empat beradik itu.



"Dari segi bahasa, mereka gunakan bahasa tempatan tersendiri yang membuatnya sukar untuk kami memahaminya dengan pantas berbanding apabila kami belajar di Jordan secara fizikal," katanya.



Namun di luar universiti, fikiran tentang masa depannya sebagai asatizah - sama ada ingin menjadi ustaz atau kakitangan awam, atau pegawai dalam sektor pertubuhan Melayu/Islam tetap membelenggunya.



Sama seperti ramai pelajar pendidikan Islam, ketidaktentuan kerjaya sesudah tamat pengajian serta taraf gaji bagi asatizah merupakan cabaran nyata.



Mujur Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah memperkenal beberapa usaha baru-baru ini bagi menyokong pembangunan profesional asatizah.



Justeru bekas pelajar Madrasah Wak Tanjong, yang juga Naib Presiden, Persatuan Pelajar Singapura di Jordan (Siraj), berpendapat bahawa pelajar Singapura yang menuntut di institusi Islam di luar negara tidak perlu khuatir akan kebolehan mereka.



"Pengalaman kami di sini, pengetahuan kami terhadap bahasa, bagaimana kami membina kemahiran menangani cabaran dan menyesuaikan diri di negara asing adalah salah satunya kemahiran profesional tersendiri," katanya.



Antara lain beliau menyertai latihan di syarikat pengurusan aset Warees Investments di bawah kendalian Muis sambil belajar kerana berminat dalam bidang hubungan antarabangsa.



Beliau mendapatkan tempat pelatihan itu menerusi Pejabat Kebajikan dan Kerjaya Pelajar, Muis yang bekerjasama dengan Siraj untuk memadankan pelajar pendidikan Islam luar negara kepada peluang pekerjaan dan latihan di Singapura sewaktu musim cuti panjang antara Jun hingga September.



"Jadi selain mempunyai sijil dalam Syariah Islam, kami juga berupaya meraih kemahiran profesional lain sepanjang perjalanan kami di universiti," katanya.



Menurut Presiden Siraj, Encik Huzhaifah Mohd Kamal dari UOJ, Siraj memainkan peranan penting kerana ia mendedahkan penuntut kepada pelbagai program bina kemahiran, kemanusiaan dan penukaran pengalaman di Timur Tengah.



"Jadi kerja kami di sini adalah untuk memberi satu dimensi baru kepada pelajar, bukan sahaja setakat belajar di luar negara sebagai pelajar namun juga sebagai penyumbang kepada masyarakat dan berharap mereka dapat bawa pulang tabiat yang positif itu ke tanah air nanti," kata Encik Huzhaifah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >