Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siswi Al-Azhar ingin dalami ilmu psikologi dalam Islam

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengumumkan peruntukan $5 juta bagi tempoh lima tahun sehingga 2026 bagi Biasiswa Syed Isa Semait (SISS). Ia dapat menyokong sehingga 20 pelajar madrasah yang cemerlang dalam pelajaran mereka agar dapat menceburi pengajian sarjana muda di universiti Islam berprestij dunia. Biasiswa itu membolehkan pelajar menampung yuran tuisyen dan universiti, elaun dan perbelanjaan lain yang diluluskan. Calon yang layak juga boleh ditawarkan program pembangunan yang disesuaikan, peluang pementoran, bekerja sambil belajar, kerjaya dalam sektor keagamaan serta biasiswa possiswazah. Kelmarin, tiga lulusan madrasah menerima SISS. BERITA HARIAN menyorot kisah mereka.
Oct 22, 2022 | 05:30 AM



ISU kesihatan mental merupakan suatu yang dekat dengan hati Cik Nur Zahratul Humaira Hilmi.



Ini lebih-lebih lagi setelah beliau sendiri melalui beberapa fasa kehidupan mencabar yang turut menjejas kesihatan mentalnya.



Mujur, keluarga, guru-guru dan sekolahnya banyak memberi sokongan sehinggakan Cik Zahratul, 19 tahun, bersyukur dan menganggap dirinya "beruntung".



Inilah yang mendorongnya untuk mendalami bidang psikologi dan bantu mengikis stigma kesihatan mental berkaitan agama yang masih wujud.



"InsyaAllah saya kalau boleh nak jadi seorang ustazah yang dapat bimbing masyarakat dari segi agama dan juga bantu mereka dari segi memberi sokongan untuk kesihatan mental.



"Saya harap saya dapat jadi seorang yang boleh membuka mata masyarakat bahawa agama tidak mendiskriminasi mereka yang mengalami isu kesihatan mental. Sebaliknya, agama kita memberi panduan, sokongan. Ada perkara yang boleh kita buat untuk memohon pertolongan dalam agama kita juga," ujar bekas pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah itu penuh semangat.



Kelmarin, beliau merupakan antara tiga lulusan madrasah sepenuh masa yang dianugerahkan dengan Biasiswa Syed Isa Semait - biasiswa berprestij yang menyokong pelajar madrasah yang cemerlang dalam pelajaran mereka agar dapat menceburi pengajian sarjana muda mereka di universiti Islam berprestij.



Dengan biasiswa itu, Cik Zahratul kini menuntut di Universiti Al-Azhar El-Shariff di Cairo, Mesir, dalam bidang Bahasa Arab serta Usuluddin yang membuka jalan kepada aspirasinya.



Menyifatkan Islam sebagai agama yang menyeluruh, beliau berkata pengkhususannya akan datang membolehkan beliau mendalami ilmu psikologi dalam Islam.



Meluahkan kesyukuran terhadap biasiswa yang diterima, Cik Zahratul yang lemah lembut tutur bicaranya berkata:



"Sebenarnya saya tak percaya sebab kami perlu lalui banyak pusingan temu ramah...tetapi Alhamdulillah saya dapat, rasa terkejut. Saya gembira...dapat ringankan beban ibu bapa saya."



Anak kedua dalam tiga adik beradik itu telah menerima beberapa anguerah sewaktu di madrasah, antaranya Anugerah Pelajar Madrasah bagi subjek Sekular dan Agama.



Beliau juga aktif sebagai Presiden Majlis Pelajar Madrasah Alsagoff, di mana beliau menerajui beberapa program pembangunan pelajar.



Selain itu, bakat beliau dalam bacaan Al-Quran juga terserlah sehingga beliau berjaya mencapai tempat pertama bagi pertandingan Tahfiz dan Tilawah Quran Kebangsaan Singapura.



Baginya, membaca Al-Quran itu salah satu cara bagi beliau untuk melepaskan tekanan kerana makna-makna yang didalami seolah-olah seperti "Allah pujuk".



Meluahkan harapan, beliau berkata:



"Idea utama biasiswa ini adalah untuk membolehkan kami menjadi pemimpin mercu, yang memerlukan kami berdepan dengan masyarakat. Jadi saya rasa itu satu peluang bagi saya berjumpa dengan masyarakat dan membantu masyarakat di mana saya boleh."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >