SEORANG wanita berusia 19 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas teksi yang dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta di simpang Clementi Road dan Commonwealth Avenue West semalam 19 April.
Seorang lagi penumpang teksi tersebut, lelaki berusia 22 tahun, pula terperangkap dalam kenderaan itu. Beliau berjaya diselamatkan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menggunakan alat hidraulik. Mereka antara empat penumpang warga Singapura dalam teksi itu ketika kemalangan berlaku sekitar 7.30 malam. Semuanya penuntut Universiti Nasional Singapura (NUS).
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Siswi NUS maut dalam kemalangan di Clementi
Apr 20, 2018 | 07:42 PM