Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim baru bantu keluarga di flat sewa diperkenal

Nov 18, 2022 | 07:58 PM



SATU skim baru yang akan menyediakan sokongan lebih bersepadu dan menyeluruh kepada keluarga dengan anak-anak yang memohon bagi flat sewa awam telah diumumkan pada Jumaat. (18 Nov)






Dipanggil Skim Flat Sewa ComLink, keluarga yang layak akan secara automatik disertakan dalam skim ComLink sebaik sahaja mereka membuat permohonan kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk mendapatkan flat sewa.


Ini berbeza dengan cara yang dilakukan sekarang, di mana pegawai ComLink secara proaktif mendekati keluarga dengan anak-anak yang sudah tinggal di flat sewa.


Skim ComLink, yang dirintis pada April 2019, menyediakan sokongan menyeluruh kepada keluarga dengan anak-anak yang tinggal di flat sewa untuk membantu mereka mempertingkat keadaan hidup dan menjadi berdikari.


Melalui skim itu, pegawai ComLink akan mendekati keluarga dan membantu mereka memanfaatkan sumber dan program sedia ada untuk menangani cabaran dan keperluan, seperti bantuan kewangan ComCare dan program KidSTART yang menyediakan sokongan buat kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah mempunyai permulaan baik dalam kehidupan.


Sekitar 11,000 keluarga telah didekati di bawah skim ComLink itu sehingga bulan lalu.


Mengumumkan Skim Flat Sewa ComLink baru itu dalam satu sesi rangkaian SG Cares Community pada Jumaat, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata semua keluarga layak dengan anak-anak yang memohon bagi flat sewa HDB akan ditawarkan sokongan sosial bersepadu itu untuk membantu mereka “mencapai kestabilan, dan kemudian menjadi berdikari dan pada dasarnya, mengecapi mobiliti sosial”.


“Kami dapat melihat bagaimana pendekatan bersepadu bagi sokongan sosial ini mula memberi kesan kepada kehidupan keluarga yang kami berkhidmat, dan kami mahu memperluaskannya kepada lebih ramai keluarga.


“Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) bersatu untuk melancarkan Skim Flat Sewa ComLink bulan ini, yang menyediakan bantuan perumahan sewa dengan sokongan ComLink yang menyeluruh,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >