Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim cepat kaya Farwill disingkap dalam podcast Diari Mahkamah

Jul 20, 2023 | 03:09 PM



Sehingga ke hari ini, skim-skim cepat kaya atau penipuan seperti ‘scam’ masih lagi berleluasa.

Dalam episod ketiga Diari Mahkamah, #NoTapis menyelongkar skim cepat kaya Farwill, yang didalangi mualaf keturunan Cina, Mohd Al-Faisal atau nama Cinanya, Kow Eng Seng.

Dalam kes tersebut, lebih 730 individu telah melabur $12.7 juta kepada Mohd Al-Faisal antara April dengan Disember 1991.

Para pelabur kepada Skim Farwill itu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemandu teksi, anggota jawatankuasa masjid, asatizah, kerani, penjaja dan pegawai sektor awam hinggalah kepada golongan karyawan.

Mohd Al-Faisal, ketika itu 42 tahun, telah menghilangkan diri bersama jutaan dolar milik para pelabur skim itu.

Skim tersebut menyebabkan pelaburan yang dipercayai dalam jumlah sekitar $35 juta hangus begitu sahaja.

Tidak cukup di Singapura, Al-Faisal turut melakukan beberapa kes penipuan di luar negara seperti Haatyai, Thailand, Medan, Indonesia; dan Pulau Pinang, Malaysia.

Wartawan Berita Harian (BH), Encik Saini Salleh, ketika itu 30 tahun, yang telah membuat laporan tentang kes tersebut mengimbas kembali bagaimana beliau menjejaki Al-Faisal dari Singapura sehingga ke Thailand.


Malah nyawanya juga hampir terancam apabila berada di Thailand, semata-mata ingin bertemu dan membongkar tembelang Al-Faisal.

“Saya dapat banyak ‘tip-off’ (maklumat) daripada pelabur dengan ada yang telah melabur sehingga $50,000.

“Ini kes tangan atas tangan dan tiada kontrak rasmi perlu ditandatangani. Hanya satu kertas IOU (I Owe You atau surat mengaku berhutang) sahaja yang diberikan kepada pelabur,” singkapnya.


Encik Saini yang ke Thailand bersama jurugambar BH ketika itu, Encik Mohd Osman Salleh, turut mengongsi tentang bagaimana nyawa mereka hampir terancam di sana kerana perlu berdepan dengan ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) Mohd Al-Faisal yang bersenjata.

“Mereka katakan kepada kami ‘nampak longkang besar tu, lu lari, wa pukui pukui nanti’. Dalam bahasa mereka pukui bermaksud pukul.

“Kami terpaksa memikirkan tipu helah bagaimana untuk melarikan diri daripada cengkaman mereka,” singkapnya Encik Saini yang kini berusia 70 tahun dan telah bersara tetapi disebabkan cintanya kepada dunia kewartawanan, kembali bertugas secara sambilan di BH sejak dua bulan lalu.

Di Medan pula, penipuan dan kelicikannya terbongkar apabila cek-cek yang diberinya kepada sekumpulan peniaga di sana ditendang bank pada 1996.

Dia menipu sekumpulan peniaga melibatkan ratusan ribu ringgit Malaysia antara April 1998 dengan Februari 1999.

Bak pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Al-Faisal bagaimanapun akhirnya ditangkap di Ipoh, Perak, pada Julai 2003.

Dia kemudian didapati bersalah memasuki Malaysia tanpa dokumen sah.

Selepas itu dia diserah kepada polis Singapura selepas diburu polis Singapura selama 12 tahun sejak Ogos 1992.

Pada 8 Jun 2004, Faisal atau Kow Eng Seng, 46 tahun didapati bersalah atas 207 tuduhan menipu dan beberapa kesalahan lain dan telah dihukum penjara sembilan tahun.

Peguam Pengarah Urusan Deansgate Barakah Law Corporation, Encik Ezra Bunyamin turut memberi panduan tentang beberapa tanda amaran yang boleh diambil apabila berdepan dengan skim pelaburan.

Beliau turut mengulas perkara yang perlu pelabur ambil kira dalam sesebuah kontrak atau sebarang surat apabila membuat pelaburan selain memberikan nasihat tentang pentingnya masyarakat mengetahui tentang kontrak pelaburan sebelum mengambil keputusan untuk melabur.

“Selalunya kontrak pelaburan melibatkan pelabur dengan sesebuah syarikat dan bukan dengan individu itu sahaja,” katanya.

Luangkan masa anda untuk mendengar kisah kes skim pelaburan cepat kaya, Skim Farwill, ini di podcast #NoTapis Diari Mahkamah menerusi Spotify atau laman beritaharian.sg/podcasts.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >