Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim pinjaman Grab timbulkan persoalan

Nov 24, 2019 | 04:47 PM



BELIAU bakal bertolak ke Milan untuk bercuti tidak lama lagi selepas menggunakan khidmat skim pinjaman yang dikendalikan Grab yang kini menimbulkan keprihatinan.


Cik Atikah, 27 tahun, telah meminjam sebanyak $1,380 daripada Grab bulan lalu untuk membeli tiket kapal terbang pergi balik ke negara itu.


Penghantar GrabFood tersebut telah meminta pinjaman sekitar $1,470. Yuran pentadbiran 6.5 peratus telah dipotong serta merta. Beliau kini dalam proses membayar semula jumlah itu pada kadar $57 seminggu selama 26 minggu.


“Saya boleh beli tiket itu tanpa wang pinjaman, tapi ini memudahkan saya, kerana ada duit tambahan yang boleh digunakan untuk bayar bil semasa saya bercuti nanti,” katanya.


Beliau merupakan antara penghantar dan pemandu yang ditawarkan peluang untuk menggunakan program Upfront Cash yang dikendalikan Grab sejak beberapa bulan lalu.


Grab mendakwa skim tersebut bukan skim hutang tetapi memberi pekerja peluang untuk menggunakan pendapatan masa depan mereka.


Hadnya ditentukan berdasarkan faktor seperti pendapatan pekerja tersebut.


Menurut pekerja, pinjaman yang ditawarkan mencecah $8,900 dengan yuran pentadbiran sehingga lapan peratus.


Mereka yang ditawarkan skim ini mengalu-alukannya, manakala pakar berkata program seperti ini jarang diadakan di Singapura.


Kementerian Undang-Undang (MinLaw) berkata:



“Kami sedang mendapatkan maklumat lanjut dari Grab tentang program Upfront Cash ini, dan akan bekerjasama dengan agensi relevan untuk memastikan undang-undang yang diperlukan.”


Anggota Parlimen Encik Zainal Sapari yang juga pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Tenaga Kerja berkata:



“Saya agak prihatin...kerana mereka yang meminjam boleh mengalami masalah kewangan jika mereka tidak mampu membayar (pinjaman wang) dan mendapati diri mereka terjebak dalam hutang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >