Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim sokongan kewangan sementara bantu pekerja diberhenti tingkat kemahiran

Aug 20, 2023 | 08:32 PM



Satu skim baru bagi menyediakan sokongan kewangan sementara bagi pekerja kini diusahakan untuk memastikan pekerja yang diberhentikan mampu bangkit semula lebih yakin dengan kemahiran yang dipertingkat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Skim tersebut akan dapat mengurangkan tekanan kewangan individu yang sedang mencari kerja serta membantu mereka dalam menyara hidup keluarga, katanya dalam ucapan bahasa Melayu di Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang disampaikan dalam bahasa Melayu semasa Rapat Hari Kebangsaan 2023 di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio.

“Skim ini akan meringankan tekanan yang dihadapi pencari kerja. Dengan ini, anda boleh tumpukan perhatian untuk menjalani latihan semula demi mendapatkan pekerjaan jangka panjang yang lebih baik.

“Inilah cara kami boleh membantu anda bangkit semula dengan lebih yakin. Kami sedang perhalusi butiran skim ini, dan para pemimpin 4G akan berkongsi lebih lanjut apabila mereka menggulung inisiatif Forward SG,” katanya.

Encik Lee menambah, selain usaha pemerintah, beliau turut gembira melihat badan-badan Melayu/Islam (MMO) memainkan peranan untuk menyokong golongan pencari kerja.

“Misalnya, Mendaki bekerja rapat dengan agensi M3 dan badan-badan Melayu/Islam untuk mendekati para pekerja Melayu.


“Malah para  pemimpin Melayu di NTUC juga aktif terlibat dalam membantu mereka  meningkatkan kemahiran dan mendapatkan pekerjaan.

“Bersama-sama, mereka memperkukuh proses rujukan bagi program-program latihan, peningkatan kemahiran dan pemadanan pekerjaan,” ujarnya.

Usaha-usaha tersebut memberi manfaat kepada golongan pencari kerja seperti Cik Asyura Senin, yang berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya.

Lulusan diploma kejuruteraan sivil itu pernah bekerja sebagai pembantu pentadbiran di sebuah syarikat binaan.

Menukil contoh Cik Asyura dalam ucapannya, Encik Lee berkata ibu dua anak itu telah memutuskan untuk kembali bekerja dan mahu tukar kerjaya ke bidang jagaan kesihatan khususnya dalam bidang pergigian.


Katanya: “Tahun lalu, Asyura menyertai program Women At Work, Mendaki. Penasihat Kerjaya beliau melakarkan pelan tindakan kerjayanya dan menyarankan kursus-kursus yang sesuai untuk beliau.

“Asyura menggunakan Kredit SkillsFuture untuk meraih Sijil Asas bagi Sokongan Pergigian. Semasa menjalani latihan, beliau berjaya mendapat pekerjaan sepenuh masa sebagai pembantu pembedahan pergigian di sebuah klinik.”

“Inilah caranya Asyura berjaya bangkit semula dan meningkatkan kemahirannya. Tahniah Asyura!”


Di samping itu, Encik Lee menekankan kepentingan merebut peluang dalam sektor ekonomi baru termasuk sektor digital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >