Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Skim Tanda Gaji Progresif dilancar separuh kedua tahun ini: Zaqy

Mar 08, 2022 | 05:30 AM

SKIM pentauliahan Tanda Gaji Progresif akan dilancarkan separuh kedua tahun ini, menurut Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad semalam.

Majikan perlu membayar semua pekerja tempatan meliputi warga Singapura dan penduduk tetap (PR) sekurang-kurangnya $1,400 dan seterusnya mematuhi model gaji progresif yang relevan untuk mendapatkan pentauliahan itu.

Skim tersebut akan dikendalikan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).

Menurut kenyataan Belanjawan yang dibentangkan 18 Februari lalu, syarikat dengan pekerja dalam sektor atau pekerjaan yang mempunyai model gaji progresif perlu mempunyai Tanda Gaji Progresif untuk menerima kontrak pemerintah.

Ini akan bermula dengan kontrak yang bernilai lebih tinggi, menurut Encik Zaqy, semasa perbahasan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di Parlimen semalam dan menambah maklumat lanjut akan didedahkan pada bulan-bulan mendatang.

"Untuk mengukuhkan kompak sosial... kita perlu sedar kita semua perlu memainkan peranan," katanya.

"Kami ingin membantu pelanggan individu dan pembeli korporat mengenal pasti majikan progresif yang menyokong pekerja bergaji lebih rendah, dan memberikan sokongan mereka kepada majikan ini melalui pembelian mereka."

Langkah tersebut diperkenalkan selain langkah meluaskan model gaji progresif akan datang kepada lebih banyak sektor dan pekerjaan, serta syarat bagi majikan yang menggajikan pekerja migran untuk membayar pekerja tempatan sekurang-kurangnya $1,400, iaitu gaji kelayakan tempatan, mulai September tahun ini.

LAPORAN SELANJUTNYA: Zaqy: Harus lebih perhatikan kesejahteraan pekerja gaji rendah

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3