Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SM Teo: ITE harus terus berjaya, main peranan dalam masa depan S'pura

Tekankan perlu tambah nilai bagi pelajar, industri dan gerakan belajar sepanjang hayat sempena ulang tahun ke-30 institut
Jul 01, 2022 | 05:30 AM



INSTITUT Pendidikan Teknikal (ITE) perlu terus mengekalkan kejayaannya dan memainkan peranan penting dalam masa depan Singapura, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara.



Berucap di sambutan ulang tahun ke-30 ITE di Pusat Konvensyen Tay Eng Soon di ibu pejabat ITE semalam, Encik Teo berkata ITE perlu menambah nilai kepada pelajarnya, industri dan mereka yang belajar sepanjang hayat.



Ini dapat dicapai menerusi peranan berterusannya dalam memperkasa belia dan menambah nilai kepada pelajar; menambah nilai kepada rakan industri; dan menambah nilai kepada gerakan pembelajaran sepanjang hayat.



"Pertama, ITE mesti terus memperkasa belia kita dan menambah nilai kepada para pelajarnya dengan kerap mendakap dan menjalani transformasi bagi memenuhi keperluan mereka.



"ITE telah berubah dengan menawarkan kursus generik secara besar-besaran, memberi tumpuan pada bidang tertumpu bagi memastikan kursusnya relevan dengan industri.



"ITE juga perlu mengekalkan kursus yang luas dan mendalam bagi memenuhi aspirasi pembelajaran para pelajar, dan memastikan pelajar sentiasa mempunyai pelbagai kursus yang boleh dipilih," ujar Encik Teo.



Beliau juga berkata ITE perlu menambah nilai kepada rakan industrinya dan menyumbang kepada transformasi mereka bagi memenuhi cabaran baru.



Menurut beliau, ITE telah memainkan peranan penting dalam bekerjasama dengan industri bagi membantu syarikat di sini memperkasa tenaga kerjanya menerusi sistem latihan semasa bekerja (OJT).



Memandangkan kepesatan perubahan teknologi telah meningkat, ini memendekkan putaran produk, dan kadar jangka hayat syarikat.



Lantas, ITE mesti menambah nilai kepada gerakan pembelajaran sepanjang hayat.



"Kebanyakan pelajar kita mungkin bekerja bagi beberapa pertubuhan dalam jangka hayat mereka.



"Selepas menamatkan pendidikan dan menyertai tenaga kerja sekalipun, anda masih perlu mempertingkat dan memperbaharui kemahiran secara kerap bagi memastikan diri anda kekal dengan keadaan terkini sepanjang 40 tahun jangka hayat pekerjaan, dan jangka hayat lagi sedekad dua.



"Lantas peranan ITE dalam pendidikan tidak boleh berhenti selepas pelajar selesai pengajian.



"Ia perlu bergerak menjangkau lebih daripada itu dan terus menawarkan peluang kepada lulusan ITE dan pekerja dewasa lain untuk terus mempertingkat dan mendalami kemahiran mereka," ujar Encik Teo.



Turut hadir di acara semalam ialah Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.



Sambutan ulang tahun ke-30 ITE itu bertemakan 'Mengilhamkan, Mengubah dan Memperkasa Kehidupan Untuk Masa Depan'.



Sejak penubuhannya pada April 1992, ITE telah menyediakan pendidikan berunsur "kemahiran tangan, minda dan hati" yang telah membolehkan golongan muda membina kerjaya bermakna, maju dalam kehidupan dan menyumbang kepada masyarakat dan kejayaan ekonomi Singapura.



Sementara itu, dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ITE, Cik Low Khah Gek, berkata semua perubahan yang dibuat ITE sepanjang 30 tahun lalu dilakukan dengan pelajarnya menjadi keutamaan.



"Kami ingin memberi mereka peluang terbaik berkembang dan menyinar.



"Kami memberi tumpuan pada memberi nilai kepada setiap individu dan bekerjasama dengan pelajar sedang mereka berjuang, membuat penemuan, maju dan berkembang.



"Kami sentiasa memantau perkembangan ekonomi dan industri juga, sedang peranan pekerjaan berubah, dan permintaan ke atas kemahiran," ujar Cik Low.



Beliau menambah bahawa saban tahun pihaknya sentiasa menyemak dan membuat perubahan pada kursus Nitec dan Nitec Lanjutan agar lulusannya mendapat pekerjaan baik dan membina kerjaya mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >