Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FORUM EKONOMI SEDUNIA

SM Tharman dilantik pengerusi bersama Suruhanjaya Sedunia berkenaan Ekonomi Air

May 27, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kanan yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, diumumkan kelmarin sebagai salah seorang daripada empat pengerusi bersama sebuah inisiatif global utama untuk mendorong perubahan dalam cara dunia menilai, mengurus dan mentadbir air bagi kebaikan semua.



Suruhanjaya Sedunia mengenai Ekonomi Air yang bebas - yang dilancarkan di mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Davos, Switzerland - akan membentangkan bukti dan hala cara bagi perubahan global mengenai dasar, pendekatan perniagaan dan kerjasama untuk menyokong keadilan iklim dan air, kemampanan serta keselamatan makanan-tenaga-air.



Encik Tharman akan disertai pengerusi bersama lain termasuk pengarah pengasas Institut bagi Inovasi dan Tujuan Awam UCL di University College London, Profesor Mariana Mazzucato; ketua pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Dr Ngozi Okonjo-Iweala; dan pengarah Institut Potsdam bagi Kajian Kesan Iklim, Profesor Johan Rockstrom.



Dalam satu kenyataannya, Encik Tharman berkata:



"Apa yang diperlukan ialah kerjasama antara sektor privet dan awam yang didorong tujuan pada skala yang tidak pernah dicapai sebelum ini untuk memanfaatkan kewangan, melabur dalam inovasi dan memastikan air diperolehi semampunya dan selamat di mana-mana sahaja."



Suruhanjaya tersebut merangkumi 17 pakar, pemimpin masyarakat dan pengamal daripada pelbagai latar belakang dari seluruh dunia.



Ia dibentuk oleh pemerintah Belanda dan dikendali oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).



Sebagai projek dua tahun, suruhanjaya itu akan menerbitkan laporan pertamanya sempena Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2023 yang akan berlangsung di New York Mac tahun depan, dengan dianjurkan bersama oleh Tajikistan dan Belanda.



Semasa bercakap sebagai ahli panel di Davos, Encik Tharman turut menyifatkan kerentanan dan kekurangan air sebagai krisis nyawa dan mata pencarian sedunia.



Tambahnya, isu ini harus ditangani oleh semua negara secara bersatu untuk menghasilkan huraian yang praktikal dan kukuh.



Beliau menarik perhatian bagaimana kebanyakan orang sudah terbiasa boleh mendapatkan air pada bila-bila masa mereka memerlukannya hingga tidak sedar bahawa ramai insan lain di dunia ini masih tidak mempunyai akses kepada air minuman yang selamat.



Encik Tharman berkata adalah penting juga untuk mencari persilangan dalam huraian untuk menangani kedua-dua krisis iklim dan air.



"Sebahagian besar air yang digunakan di Amerika Utara... digunakan untuk menghasilkan bijirin bagi memberi makan lembu dan haiwan ternakan.



"Oleh itu, soalan yang kita tanya tentang iklim - berapa banyak daging lembu yang harusnya kita makan - adalah soalan sama yang kita tanyakan tentang air.



"Kita harus memikirkannya bersama dan mencari huraian yang dapat mengatasi kedua-dua isu itu bersama," ujar beliau.




 "Apa yang diperlukan ialah kerjasama antara sektor privet dan awam yang didorong tujuan pada skala yang tidak pernah dicapai sebelum ini untuk memanfaatkan kewangan, melabur dalam inovasi dan memastikan air diperolehi semampunya dan selamat di mana-mana sahaja."



- Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >