Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SME digalak manfaatkan geran bagi kembangkan perniagaan

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) Melayu patut memanfaatkan geran yang disediakan pemerintah yang bertujuan membantu perniagaan mereka.



Berkongsi pengalamannya, Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Cik Fadilah Abdul Majid berkata, banyak SME Melayu tidak ke hadapan untuk menggunakan geran yang disediakan pemerintah dan ini merugikan kerana mereka ketinggalan banyak peluang.



Cik Fadilah berkata demikian semasa sesi Facebook Live semalam yang diadakan oleh DPPMS untuk membincangkan Belanjawan 2022 yang baru diumumkan.



Beliau merupakan antara anggota panelis yang telah membincangkan antara lain, kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berlaku, pendigitalan dan bagaimana SME dapat mempersiapkan diri untuk melayakkan mereka menerima pinjaman.



Anggota panelis lain termasuk Pengarah Eksekutif DPPMS, Encik Azrulnizam Shah; Timbalan Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Noh; dan anggota Jawatankuasa Penasihat Pelaburan (IAC) DPPMS, Encik Hafeez Naim.



"Berdasarkan pengalaman saya dengan SME dalam masyarakat Melayu...kami ada masalah di mana SME tidak ke hadapan untuk memanfaatkan dan memaksimumkan apa-apa geran pemerintah yang ada.



"Satu lagi, saya rasa mereka takut untuk ke hadapan untuk mendapatkan bantuan, mereka rasa bahawa nanti akan ada banyak perkara yang dipersoalkan dan banyak maklumat yang perlu dikongsi.



"Tapi bila kita bandingkan dengan SME bukan Melayu atau di peringkat nasional, mereka memang memaksimumkan segala peluang yang ada, jadi bagi saya, kalau kita tidak ubah sekarang, kita akan sentiasa berada di kedudukan di mana kita terlepas banyak peluang," ujar Cik Fadilah.



Dalam perbincangan yang sama, anggota panelis turut menekankan kepentingan syarikat-syarikat mendakap pendigitalan, lebih-lebih lagi setelah tambahan $200 juta disuntik untuk membangun keupayaan digital perniagaan di sini.



Dalam Belanjawan 2022 yang disampaikan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong minggu lalu, beliau berkata pemerintah akan mengetepikan $200 juta dalam beberapa tahun mendatang untuk meningkatkan skim yang membangunkan keupayaan digital dalam kalangan firma dan pekerja.



"Lihat sahaja Peta Transformasi Industri, Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan...apa yang perlu dilakukan perniagaan ialah memanfaatkan hal ini dan semua institut pendidikan tinggi kami dibentuk untuk membantu kami dalam hal ini.



"Bagi Dewan juga, kami mempunyai Pejabat Transformasi Digital... jadi saranan saya kepada syarikat-syarikat ialah untuk bekerja rapat dengan pusat SME, DPPMS untuk mengakses pasaran pendigitalan," kata Encik Abu Bakar.



Dalam pada itu, para panelis turut membincangkan tentang cara syarikat dapat mempersiap diri untuk membolehkan mereka menerima pinjaman perniagaan.



Kata Encik Hafeez:



"Jika perniagaan mahu mengambil pinjaman, mereka harus mempunyai rancangan tentang apakah tujuan mereka dan apa yang mereka ingin capai, dari situ mereka boleh menyediakan apa-apa dokumentasi yang patut untuk menyokong mereka."



Menyentuh tentang kenaikan GST pula, para panelis berkata, ia setentunya akan menjejas kedua-dua peniaga dan pelanggan, namun kenaikan secara berperingkat dapat membantu kerana setidaknya, peralihan tersebut bukan sesuatu yang mendadak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >