Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA/RENCANA

SMRT hampir capai matlamat imbangi bolehpercaya, kos dalam khidmat rel

Jun 19, 2023 | 02:06 PM



Pengendali pengangkutan awam SMRT percaya ia hampir menemui keseimbangan yang baik antara kebolehpercayaan rel dengan kos mengekalkan tahap perkhidmatan semasa, walaupun kelewatan laluan MRT-nya semakin kerap dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Semasa temu bual dengan The Straits Times (ST), pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming, berkata pengendali kereta api itu “hampir mencapai matlamat”.


“Kami mahukan prestasi tinggi, tetapi pada masa yang sama, kami juga mesti melihat kosnya,” kata pengerusi berusia 67 tahun itu, yang berkhidmat dengan SMRT sejak 2017.

Kebolehpercayaan khidmat kereta api SMRT telah meningkat dengan nyata sejak pelantikan beliau.

Walaupun beliau mengakui bahawa SMRT sentiasa boleh melakukan yang lebih baik, Encik Seah mengingatkan agar tidak melakukan terlalu banyak dalam mengejar skor kebolehpercayaan yang semakin meningkat, dengan memetik risiko membelanjakan dana awam berlebihan yang diterima syarikat dalam bentuk geran pemerintah.

“Kami tidak pernah mahu meremehkan penyelenggaraan kerana pada masa lalu, ia telah menjadi satu isu. Tetapi kami juga tidak mahu melakukan penyelenggaraan yang berlebihan,” katanya.

Encik Seah berkata SMRT menggunakan teknologi seperti analisis data untuk mengoptimumkan proses penyelenggaraannya dan meramalkan dengan lebih baik bila komponen dan bahagian akan gagal dan perlu ditukar.

Ini membolehkan SMRT meningkatkan kebolehpercayaan tanpa menambah terlalu banyak kos.

Encik Seah menyatakan bahawa sejak beberapa tahun, laluan rel SMRT telah mencapai purata kilometer (km) antara kegagalan (MKBF) lebih daripada satu juta km kereta api, merujuk kepada purata kilometer jarak perjalanan antara kegagalan yang berlangsung lebih daripada lima minit – ukuran kebolehpercayaan rel yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Mantan Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, telah menetapkan sasaran untuk sistem MRT di sini mencapai satu juta MKBF menjelang 2020.

Pada 2015, jarak perjalanan antara kelewatan ialah 133,000 km kereta api.

“Adakah kita mahu melambung naik melebihi dua juta (MKBF)? Itu bukan rancangan kami sekarang,” kata Encik Seah.

“Sudah tentu, kita boleh membelanjakan 10 kali ganda wang untuk melakukan kerja yang unggul. Tetapi adakah itu cara terbaik?”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMRT Corporation, Encik Ngien Hoon Ping, yang telah berkhidmat selama 10 bulan dan sebelum ini merupakan ketua Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) selama empat tahun, berkata penanda aras satu juta MKBF adalah mencukupi dari sudut pengawalseliaan.

Ini kerana menaikkan penanda itu membawa pulangan yang berkurangan dan mungkin terlalu mahal, katanya dalam temu bual yang sama dengan ST.

Encik Ngien menambah: “Jika 99.9 peratus masa kereta api akan berfungsi, penumpang akan menaiki kereta api. Sebaik sahaja anda mencapai satu juta MKBF, matlamat hampir tercapai.”

Secara purata, kereta api MRT Singapura mencatatkan 1.65 juta km tanpa kelewatan perkhidmatan lebih daripada lima minit dalam tempoh 12 bulan yang berakhir pada Mac 2023, turun daripada 2.09 juta km kereta api bagi keseluruhan 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >