KEROSAKAN MRT

SMRT mohon maaf atas kegendalaan

Punca sebenar masih disiasat

SMRT "tidak tahu 100 peratus" punca utama perkhidmatan kereta api di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) tergendala lebih tiga jam kelmarin, namun berkata tiga faktor mungkin menjadi penyebabnya.

Dalam satu sidang media yang dipenuhi ucapan maaf daripada para pegawai kanan syarikat pengendali pengangkutan awam itu, Pengarah Pengurusan SMRT, Encik Lee Ling Wee, berkata gangguan itu mungkin berpunca daripada "masalah kereta api, landasan dan kuasa".

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan