Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMS dari pertubuhan tidak daftar bersama IMDA dilabel 'mungkin penipuan'

SMS
Jan 26, 2023 | 05:30 AM



PENERIMA SMS daripada pertubuhan yang tidak mendaftar bersama sebuah daftar pendaftaran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan melihat mesej teks itu dilabel 'Likely-SCAM', atau 'mungkin penipuan', mulai 31 Januari.



Dalam langkah menangani masalah penipuan di sini, IMDA mengumumkan semua pertubuhan yang menghantar SMS menggunakan ID pengirim angka abjad dikehendaki mendaftar bersama Pendaftar ID Pengirim SMS Singapura (SSIR).



"Pendaftaran bertujuan melindungi pengguna dengan lebih baik daripada SMS tidak berdaftar yang mungkin adalah penipuan," kata IMDA semalam.



Ia menambah bahawa pengguna yang menerima SMS yang dilabel sebagai 'likely-scam' harus berhati-hati kerana sistem itu berfungsi seperti tong spam.



Sekiranya tidak pasti, pelanggan digalak bertanya rakan dan keluarga.



IMDA berkata semua pertubuhan yang menggunakan ID pengirim angka abjad, yang biasanya mengandungi nama jenama dan mungkin mengandungi kedua-dua abjad dan nombor, harus mendaftar awal bersama SSIR, lapor The Straits Times.



Mereka yang belum mendaftar dinasihati berbuat demikian, tambah IMDA.



Hingga bulan ini, lebih 1,200 pertubuhan, termasuk institusi kewangan, pengendali e-dagang, penyedia logistik, dan syarikat kecil dan sederhana (SME), yang menggunakan secara keseluruhan lebih 2,600 ID pengirim SMS telah berdaftar.



Setelah SSIR ditubuhkan pada Mac 2022, Singapura menyaksikan penipuan menerusi SMS berkurangan 64 peratus dalam suku terakhir 2021 hingga suku kedua 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >