Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SMS kepada NSmen tebus kredit sahih: Mindef

Nov 12, 2019 | 04:43 PM



KHIDMAT pesanan ringkas (SMS) berserta pautan go.gov.sg yang dihantar kepada anggota perkhidmatan negara kerahan (NSmen) mengenai kredit yang boleh ditebus bagi ganjaran berkaitan perkhidmatan adalah sahih, jelas Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam (11 November).



Mindef berkata bahawa mereka menerima pertanyaan daripada NSmen mengenai perkara tersebut.



Beberapa pembaca turut bertanyakan kepada The Straits Times (ST) sama ada pesanan yang diterima mereka sahih. Mereka menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp, mengatakan bahawa mereka boleh menggunakan baucar $100 secara percuma untuk membeli-belah dan makanan secara dalam talian seperti Lazada, Redmart, Deliveroo dan Zalora.



Mindef juga menjelaskan di Facebook mereka pada Sabtu bahawa pautan itu memang sahih, namun hanya NSmen yang menerima pesanan itu menerusi SMS yang layak log masuk dan mendapatkan kredit di bawah ganjaran berkaitan perkhidmatan - Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Negara (National Service Excellence Award) dan Habuan Perayaan (Celebratory Gifts) untuk NSmen.



Mereka yang terima pesanan yang serupa menerusi WhatsApp atau wadah media sosial yang lain tidak akan dapat tebus kredit itu.



NSmen yang layak akan terima SMS dengan pautan yang akan langsung membawa mereka untuk log masuk dengan butiran SingPass apabila mereka mengakses borang untuk tebus kredit.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >