Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Soal perbezaan kaum akan terus jadi isu penting di sini: Janil

Jan 26, 2021 | 05:30 AM



ISU yang timbul berdasarkan perbezaan kaum akan terus menjadi salah satu cabaran yang dihadapi Singapura pada masa depan.



Namun, pelbagai usaha dijalankan untuk mengkaji, memahami serta memastikan stereotaip peribadi berdasarkan bangsa ini tidak meninggalkan kesan yang lebih meluas terhadap masyarakat.



Ini termasuk membentuk pemikiran melalui sistem pendidikan Singapura, melalui kajian Institut Pengajian Dasar (IPS) dan juga kerjasama dengan badan bukan pemerintah seperti OnePeople.sg.



Namun, warga Singapura secara amnya memainkan peranan penting untuk memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum dapat diteruskan, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.



Beliau berkata demikian dalam sesi dialog Politik Singapura 2030 sempena Persidangan Perspektif Singapura anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS).



Anggota panel lain terdiri daripada Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja Encik Gerald Giam dan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Cik Hazel Poa.



Memberikan responsnya kepada salah satu soalan yang diajukan peserta dialog tersebut, Dr Janil berkata soal perbezaan kaum akan terus menjadi isu penting di Singapura, walaupun ini bukan sesuatu yang beliau inginkan.



Ditanya apa yang dilakukan pemerintah untuk menangani isu ini, Dr Janil berkata:



"Banyak usaha dilakukan yang bertujuan untuk memahami dan campur tangan dalam sesuatu yang sebenarnya hanya stereotaip serta (sikap) berat sebelah peribadi individu, yang mungkin tidak dizahirkan, tapi jika berlaku secara meluas akan meninggalkan kesan terhadap masyarakat," katanya.



Salah satu soalan yang diajukan sebelum itu menyentuh berkaitan topik sama ada warga Singapura bersedia untuk menerima perdana menteri yang bukan berbangsa Cina.



"Keputusan ini terpulang kepada warga Singapura sendiri.



"Saya juga berharap keharmonian kaum terus berkembang sehingga tiba masa di mana apabila kita bercakap tentang perdana menteri yang bukan berbangsa Cina bukanlah sebagai ikon perubahan yang dibayangkan tetapi berasaskan kebolehan individu itu untuk melaksanakan tugas," katanya.



Sebelum itu, Cik Poa berkata warga Singapura bersedia menerima perdana menteri dari kaum lain, namun hanya Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang belum bersedia.



Beliau menjawab pertanyaan moderator perbincangan itu, Timbalan Pengarah (Penyelidikan) dan Zamil Penyelidikan Kanan di IPS, Cik Gillian Koh tentang mengapa isu bangsa perdana menteri Singapura perlu dibincangkan.



Sementara itu, Encik Giam berkata berdasarkan pengalaman dan perbualan dengan penduduk, tiada sentimen yang menunjukkan mereka tidak bersedia untuk menerima seseorang yang "berkebolehan, jujur dan mampu memimpin negara".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >