Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi golongan kerja sendiri yang ingin alih ke pekerjaan tetap

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menyokong golongan bekerja sendiri (SEP) yang ingin beralih ke pekerjaan tetap dengan menyediakan peluang latihan dan pekerjaan, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo.



Cik Teo berkata sejak kebelakangan ini, jumlah SEP yang menggunakan wadah pemadanan dalam talian untuk mendapatkan tugasan atau pekerja 'gig', semakin meningkat.



Daripada sekitar 190,000 penduduk yang meraih pendapatan utama menerusi pekerjaan sendiri, kira-kira 74,000 atau tiga peratus tenaga kerja merupakan pekerja 'gig'.



Menurut Cik Teo, disebabkan kepelbagaian kerja yang dilakukan oleh golongan itu, pemerintah harus mengelak mengambil pendekatan 'satu saiz untuk semua' dalam menyokong SEP.



Lantaran itu, pertama sekali pemerintah akan menolong SEP yang mahu beralih ke pekerjaan melalui peluang latihan dan pekerjaan, kata Cik Teo.



Jelas beliau, lebih 8,400 SEP telah menghadiri kursus dengan lebih 45,000 tuntutan bagi elaun latihan di bawah Skim Sokongan Latihan SEP yang dilancarkan tahun lalu.



Cik Teo menjelaskan bahawa SEP yang mencari pekerjaan tetap boleh juga memanfaatkan peluang latihan dan bekerja di bawah Program Laluan Pertengahan Kerjaya SGUnited dan Kemahiran SGUnited yang memberikan sokongan elaun di samping khidmat kerjaya dari Tenaga Kerja Singapura (WSG).



Beliau menukil contoh Encik Nazry Zakaria, yang beralih pekerjaan daripada menjadi seorang pengurus projek dan pereka set sambilan kepada pakar strategi kreatif dengan sebuah syarikat, hasil pencarian kerja menerusi portal MyCareersFuture.



Usaha juga dijalankan untuk membantu SEP memenuhi keperluan jagaan kesihatan dan persaraan, kata Cik Teo.



Dengan pengenalan skim Medishield Hayat dan Careshield Hayat, SEP umumnya mempunyai perlindungan baik terhadap perbelanjaan perubatan utama walaupun tanpa faedah yang disediakan oleh majikan.



"Jurangnya didapati dalam risiko kehilangan pendapatan sekiranya SEP mengalami penyakit yang boleh menghalang mereka daripada bekerja kerana SEP tidak mempunyai cuti perubatan yang berbayar.



"Ini sebabnya kami bekerja dengan syarikat penyedia insurans untuk memperkenalkan insurans cuti perubatan yang berpanjangan (PML).



"Kini ia meliputi hampir 40,000 pemandu SEP," ujar Cik Teo.



Selain itu, pemerintah memperkenalkan skim Sumbang Sambil Meraih Pendapatan (CAYE) untuk SEP yang menyediakan khidmat kepada entiti pemerolehan pemerintah.



Pada 2020, tahun pertama pelaksanaan CAYE, sekitar 95 peratus SEP kekal dalam skim itu meskipun mereka memiliki pilihan untuk tidak menyertainya.



Sekitar 4,000 SEP pula membuat sumbangan kepada CAYE, tambah Cik Teo.



Tumpuan ketiga pemerintah ialah mencari keseimbangan dalam aturan di antara pekerja 'gig' dan pihak yang mendapatkan perkhidmatan mereka.



"Seperti yang disarankan oleh Encik Patrick Tay (Pioneer) dan Encik Louis Chua (GRC Sengkang), satu cara ialah dengan menyediakan hak pekerjaan asas untuk SEP.



"Tetapi ini tidak begitu mudah dilaksanakan," terang Cik Teo.



Dalam hal ini, pemerintah mengalu-alukan minat Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk memperkukuhkan perwakilan SEP dan pekerja bebas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >