Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi pendidikan inklusif pelajar berkeperluan khas

Jul 17, 2018 | 05:30 AM



Dalam sidang Parlimen minggu lalu, dua Anggota Parlimen (AP) Melayu telah mengutarakan pandangan dan saranan semasa bahas mengenai usul Parlimen bertajuk "Pendidikan Bagi Masa Hadapan". Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah mengutarakan inisiatif pemerintah berkaitan pendidikan bagi pelajar bekerpeluan khas. AP GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, mengongsi pengalamannya membesarkan seorang anak dengan Sindrom Down dan menyarankan beberapa cara bagi Singapura menjadi negara yang inklusif. Berikut sedutan ucapan mereka.



KUMPULAN terakhir yang saya akan fokuskan adalah pelajar dengan Keperluan Pendidikan Khas.



Peranan ibu bapa dan penjaga adalah penting dan mencabar, terutamanya semasa titik peralihan kritikal dalam kehidupan kanak-kanak tersebut.



Sebagai sebahagian usaha kami di bawah Pelan Induk Keupayaan Ketiga, kami mengamalkan pendekatan seumur hidup bagi memastikan sokongan dan peralihan yang mencukupi bagi golongan kurang upaya dan penjaga mereka pada setiap peringkat kehidupan.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan membangunkan rangka kerja bagi menyokong penjaga, terutamanya ibu bapa baru yang mempunyai anak dengan keperluan khas, untuk membina kemahiran yang relevan dan meningkatkan pemahaman mereka tentang keperluan khas.



Bagi kanak-kanak yang berisiko kelewatan pembangunan, pemerintah akan meningkatkan pengesanan dan campur tangan pada peringkat awal bagi memaksimumkan potensi perkembangan mereka.



MSF sedang menjalankan program perintis bagi menawarkan khidmat bantuan awal bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang berbeza dari masa ke semasa.



Kami berharap bantuan awal akan memberikan anak kita permulaan yang baik sedang mereka melangkah pula ke pendidikan formal.



Pada masa ini, terdapat 31,000 pelajar dengan Keperluan Pendidikan Khas - dengan 80 peratus daripada mereka di sekolah aliran utama dan 20 peratus lagi di 19 sekolah Pendidikan Khas (Sped).



Kita mahu meraikan kanak-kanak ini, memberi tumpuan kepada kebolehan mereka, dan bukan kepada ketidakupayaan mereka.



Kami ingin berusaha ke arah masyarakat di mana kita bukan hanya menerima, malah mengalu-alukan mereka yang berbeza.



Walau bagaimanapun, kita mesti mencapai perubahan ini secara berperingkat.



Kita memerlukan semua orang untuk melakukannya - guru, sekolah, ibu bapa, orang awam, majikan dan masyarakat yang lebih luas.



Begitu juga, kita perlu mengajar anak-anak kita dengan Keperluan Pendidikan Khas untuk menjadi penyokong diri mereka sendiri.



Mereka mesti belajar bagaimana menyampaikan keperluan mereka kepada rakan, rakan sekerja, dan majikan dan menjadi penyumbang yang yakin kepada masyarakat.



MENYOKONG PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS DI SEKOLAH ALIRAN UTAMA



Terdapat kira-kira 25,000 pelajar dengan Keperluan Pendidikan Khas di sekolah aliran utama kita.



Mereka menghabiskan sebahagian besar hari pembelajaran mereka bersama rakan mereka.



Sejak 2005, kami menyediakan semua guru dengan pemahaman asas bagi menyokong pelajar ini semasa latihan praperkhidmatan mereka di Institut Pendidikan Nasional (NIE).



Semua sekolah mempunyai kumpulan utama guru, yang dikenali sebagai Guru yang Dilatih dalam Keperluan Khas, bagi memberi sokongan kepada pelajar di bilikdarjah.



Kami menyedari pentingnya melengkapkan guru dengan kemahiran ini, dan telah meningkatkan usaha melatih lebih banyak lagi dalam beberapa tahun akan datang.



Sejumlah pelajar di sekolah aliran utama juga memerlukan sokongan bagi Kecacatan Fizikal yang lain atau bagi Kehilangan Pendengaran atau Kecacatan Penglihatan.



MOE membiayai sepenuhnya pelbagai Alat Penolong Teknologi , yang juga dikenali sebagai Alat AT, untuk mereka.



Ini selain bekerjasama dengan dua Pertubuhan Kebajikan Sukarela - Persatuan Kebajikan Wanita Asia dan Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf), bagi menyediakan sokongan integrasi dan pembelajaran untuk pelajar yang mengalami gangguan fizikal dan deria.



Organisasi ini juga menyediakan latihan untuk pelajar dan guru mengenai penggunaan Alat AT. Begitu juga, pelajar di sekolah Sped yang Alat AT menerimanya secara percuma.



MENYOKONG PELAJAR DENGAN KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH SPED



Program Perkongsian Satelit kami telah menjadi jambatan dalam menghubungkan pelajar dari sekolah Sped dan aliran perdana.



Di bawah program ini, sebuah sekolah Sped akan bekerjasama dengan sekolah arus perdana, dan kedua-dua sekolah menyediakan aktiviti bermakna seperti aktiviti ko-korikular (CCA) bersama, perkongsian kemudahan dan sambutan perayaan sekolah bersama.



Seperti yang kita lihat, pelajar Sped kami lebih yakin diri melalui program ini, sementara pelajar aliran utama kami lebih bersikap empati.



Pada Konsert Festival Pesta Belia Singapura (SYF) baru-baru ini, pelajar berlatih dan membuat persembahan bersama.



Perayaan Hari Kebangsaan yang akan datang juga akan menyatukan kededua kumpulan pelajar ini.



CONTOH KERJASAMA



Bentuk perkongsian yang paling intensif ialah kerjasama sosial dan akademik antara Sekolah Pathlight dan Sekolah Menengah Mayflower, Yio Chu Kang dan Peirce.



Kerjasama ini membolehkan pelajar Pathlight diajar oleh guru Pathlight dalam kelas satelit yang terletak di sekolah aliran utama.



Jika sesuai, pelajar Sekolah Pathlight menyertai rakan aliran utama dalam kelas mereka bagi pembelajaran akademik.



Model ini boleh dilakukan kerana peluang penyertaan bersama dalam bidang akademik dan sosial memenuhi keperluan pelajar Pathlight.



Pengalaman ini bagaimanapun, tidak mudah bagi pelajar dengan autisme sederhana.



Bagaimanapun, pendedahan secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun telah memberi manfaat kepada pelajar ini yang melanjutkan pelajaran ke institut pendidikan pascamenengah seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik.



Kami juga telah memperluaskan Sokongan Pendidikan Khas kami di institut pendidikan pascamenengah kerana pelajar kami dengan keperluan pendidikan khas telah maju ke peringkat seterusnya dalam pendidikan mereka.



Sejak 2014, MOE telah menubuhkan Pejabat Sokongan Keperluan Pendidikan Khas, yang dikenali sebagai SSO, di universiti, politeknik, kolej ITE, dan institusi seni.



Ini adalah unit sokongan sehenti di mana pelajar boleh mendapatkan sokongan untuk mengejar impian mereka.



TINGKATKAN INTEGRASI PELAJAR DENGAN KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MASYARAKAT



Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kami ingin melihat perubahan dalam sekolah kami, kedua-dua Sped dan aliran perdana - satu di mana anak-anak kami dihargai dan diterima, di mana kami memberi tumpuan kepada kekuatan dan kebolehan mereka bagi membantu mereka mencapai potensi mereka.



Saya rasa kita telah membuat kemajuan, tetapi masih banyak lagi yang boleh dilakukan.



Dari apa yang saya lihat, semangat dan usaha bersepadu guru di kedua-dua sekolah Sped dan aliran perdana, saya yakin usaha inklusif ini akan mendapat momentum.



KESIMPULAN



Di sekolah kita, kita mesti mengajar pelajar kita agar bersikap empati dan menerima golongan yang berbeza-beza, yang belajar dengan cara yang berbeza,dan yang berasal daripada latar belakang keluarga yang berbeza.



Walaupun kita harus terus meningkatkan kemampuan, kemudahan dan kualiti peruntukan sokongan pendidikan kepada pelajar, sebagai orang dewasa dalam dunia kerja dan masyarakat, kita mesti peka terhadap keperluan setiap warga Singapura.



Kita mesti mengalu-alukan dan menyokong mereka, tanpa mengira latar belakang dan titik permulaan mereka dalam kehidupan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >