Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi penjaga tumpuan Cabaran Presiden 2023

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



CABARAN Presiden 2023 akan memberi tumpuan kepada menyediakan sokongan kepada penjaga atau 'caregivers', golongan yang penting dalam ekosistem sokongan sosial yang mungkin tidak mendapat bantuan mencukupi.



Antaranya, Cabaran Presiden 2023 akan menyokong usaha memperkasa golongan penjaga, membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang boleh berkekalan serta menyokong keperluan golongan tersebut menerusi skim serta sumber sedia ada.



Bidang tumpuan Cabaran Presiden itu diumumkan oleh Presiden Halimah Yacob semalam semasa lawatannya ke Caregivers Alliance Limited (CAL).



CAL merupakan sebuah pertubuhan tidak meraih untung yang membantu penjaga bagi individu yang mempunyai isu kesihatan mental.



Bertemu media di akhir lawatannya semalam, Puan Halimah menjelaskan bahawa pengalaman bagi golongan penjaga kini diburukkan lagi akibat pandemik Covid-19.



"Bukan sahaja terdapat peningkatan dalam jumlah penjaga di Singapura, begitu juga tanggungjawab yang mereka harus pikul dalam jangka masa yang panjang," kata Puan Halimah



"Namun disebabkan pandemik ini, keadaan diburukkan lagi apabila penjaga-penjaga ini mempunyai akses yang terhad kepada perkhidmatan yang membolehkan mereka berehat ketika menjaga orang kesayangan mereka," jelasnya.



Dalam satu kajian oleh Institut Kesihatan Mental (IMH), lebih separuh daripada penjaga menghidap penyakit fizikal kronik (58.6 peratus) dan tekanan psikologi (52.6 peratus) pada 2018.



Dalam kajian retrospektif 883 pesakit demensia dan penjaga mereka yang menghadiri perundingan klinikal di Pusat Perubatan Geriatrik, Hospital Tan Tock Seng, ia mendapati sebahagian besar penjaga melaporkan berasa tekanan yang lebih meningkat.



Jumlah itu meningkat lebih daripada 9 peratus sebelum tempoh pemutus rantaian jangkitan atau 'Circuit Breaker' (CB), kepada 22 peratus semasa tempoh CB.



Satu lagi kajian yang meninjau mutu kehidupan (QOL) penjaga mendapati bahawa 37 peratus daripada golongan penjaga ini terpaksa menyediakan keperluan penjagaan orang tersayang mereka secara berseorangan.



Hampir dua pertiga daripada mereka mengatakan bahawa kekurangan jumlah pembantu migran adalah salah satu faktor ia berlaku.



Walaupun terdapat kemajuan yang baik dalam menyokong penjaga warga emas, terdapat keperluan untuk membantu golongan penjaga secara umum.



Oleh itu, Puan Halimah berkata Cabaran Presiden 2023 akan memberi tumpuan kepada usaha "Caring for Caregivers" atau Prihatin Terhadap Penjaga serta memberi dana kepada program sokongan bagi penjaga yang dianjurkan oleh Agensi Perkhidmatan Sosial.



"CAL kini bekerjasama dengan pelbagai badan termasuk hospital, sekolah dan badan-badan agama di sini.



"Secara keseluruhan, kita perlu bekerjasama dengan ramai dalam masyarakat supaya kita dapat memberi sokongan yang diperlukan oleh penjaga," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >