Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan bagi pulih dadah akan dipertingkat

Faishal: Mesej antidadah harus masuk ke rumah agar keluarga dilindungi
Oct 30, 2020 | 05:30 AM



LEBIH banyak inisiatif akan dilakar untuk meningkatkan sokongan bagi proses pemulihan penyalahguna dadah dan penyebaran mesej antidadah, khususnya kepada keluarga.



Ini sedang penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia berusia bawah 30 tahun terus mencatat trend membimbangkan, dengan golongan itu membentuk dua pertiga pesalah dadah baru tahun lalu.



Demikian dinyatakan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, setelah melawat Pusat Pemulihan Masyarakat (CRC) di Jamaica Road, di Sembawang, semalam.



"Sepanjang tiga bulan di MHA (Kementerian Ehwal Dalam Negeri), saya telah menemui rakan kongsi masyarakat yang bekerja keras bukan bagi usaha antidadah sahaja, bahkan dalam penjagaan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.



"Kami akan terus bekerja keras dan meluaskan dampingan dengan rakan kongsi masyarakat supaya kami dapat memberikan khidmat pemulihan lebih baik.



"Kami berharap sedang kami mendapatkan lebih banyak rakan kongsi masyarakat, yang penting dalam usaha ini ialah kekuatan keluarga dan cara mereka dapat melindungi satu sama lain daripada pengaruh dadah," kata Dr Faishal, sambil menambah bahawa mesej antidadah harus masuk ke rumah supaya keluarga dapat dilindungi daripada penyalahgunaan dadah.



CRC ditubuhkan pada 2014 khusus bagi pesalah dadah lelaki kali pertama berusia 16 hingga 21 tahun yang dinilai tidak berisiko tinggi mengulangi kesalahan mereka.



Setelah menjalani tempoh tahanan singkat di Pusat Pemulihan Dadah (DRC), pesalah mengikuti program satu tahun di CRC yang dibahagikan kepada dua fasa.



Bagi enam bulan pertama, penghuni menerima khidmat kaunseling dan kerja kes untuk membangunkan daya tahan terhadap penagihan dadah serta mengukuhkan ikatan keluarga. Penghuni boleh ke sekolah atau kerja di luar CRC dalam tempoh ini.



Dalam fasa kedua, penghuni dibenarkan pulang namun terus dipantau menerusi sistem gelang kaki elektronik selama enam bulan lagi.



Selain sokongan dan pemantauan oleh keluarga, mereka akan terus menerima kaunseling oleh pekerja kes bagi memastikan mereka kekal bebas dadah.



Salah seorang penghuni, Haikal (bukan nama sebenar), 21 tahun, dimasukkan ke CRC setelah menjalani tahanan dua minggu di DRC Mei lalu.



Dia mengambil dadah sejak berusia 14 tahun, dan ketika ditangkap, dia mengambil dadah setiap hari.



"Di CRC, kaunselor membuat saya memikirkan tentang apa yang lebih baik. Pada jangka panjang, saya tidak rasa dadah akan membantu saya. Apabila saya dibenarkan pulang dalam masa satu minggu, saya berjanji tidak akan lagi menyentuh dadah," ujar anak bongsu dalam keluarga tujuh adik-beradik itu.



Selain mengikuti pelbagai program yang disediakan di CRC, Haikal keluar bekerja dalam sektor makanan dan minuman sejak sekitar dua bulan lalu setelah dibantu mendapatkan kerja oleh pusat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >