Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Sokongan Enterprise Singapore bantu Popsical tebar sayap

CEO syarikat sistem generasi karaoke baru turut manfaatkan pelbagai geran lain bagi kembangkan niaga
Jan 19, 2020 | 05:30 AM



SEJAK sistem generasi karaoke baru Popsical yang pertama dipasarkan pada 2017, ia telah menerima sambutan memberangsangkan, malah menebarkan sayapnya ke luar negara.



Pengasas Popsical juga telah pun melancarkan produk itu sejauh Dubai, Perancis dan Nepal dan kini mempunyai dua kedai runcit di Kuala Lumpur.



Pada tahun lalu juga, mereka telah melancarkan Popsical Remix yang menggabungkan pencampur bunyi, penerima tanpa wayar bagi mikrofon dan alat penstriman menjadi satu alat di Pameran Pengguna Elektronik (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat.



Semua ini dapat menjadi kenyataan dengan adanya sokongan dan bantuan daripada Enterprise Singapore (ESG), kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Popsical, Encik Faruq Marican.



"Mereka telah membantu kami menyertai CES. Prosesnya mungkin tidak sepantas atau selancar ini tanpa adanya sokongan mereka (ESG). Mereka telah membantu kami berkembang dengan lebih cepat," kata beliau.



Syarikat itu merevolusikan sistem karaoke di dunia dengan memperkenal sistem karaoke yang menggunakan teknologi penstriman cloud.



Popsical Remix, yang dilancarkan awal tahun ini, membolehkan pengguna mendapatkan akses kepada sebuah perpustakaan melebihi 200,000 lagu dalam 14 bahasa, yang berlesen di bawah Khidmat Muzik Industri Rakaman Singapura (RIMSS) dan Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass).



Sejauh ini, lebih 10,000 Popsical telah dijual dan mereka mempunyai lebih 65,000 pengguna berdasarkan jumlah orang yang memuat turun aplikasi dan melanggani perpustakaan lagu mereka.



Popsical telah memanfaatkan geran Bantuan Persediaan Pasaran, yang menyediakan pembiayaan bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) untuk mereka berkembang di luar negara.



SME boleh menerima sokongan sehingga 70 peratus daripada kos yang layak, yang dihadkan pada $20,000 bagi setiap tahun fiskal.



Sokongan itu juga terhad bagi satu kegiatan untuk setiap permohonan, seperti kemasukan pasaran atau penyertaan dalam pameran perdagangan.



Popsical juga telah memanfaatkan Geran Pembangunan Perusahaan (EDG) untuk mendapatkan sokongan bagi penjenamaan.



EDG menyediakan bantuan bagi firma yang ingin jalankan rombakan dan berkembang, dan menyokong projek yang membantu dalam peningkatan perniagaan, inovasi atau penyejagatan.



Geran itu memberi sokongan sehingga 70 peratus dari projek yang layak, misalnya, bayaran runding cara, peralatan dan sofwe dan kos tenaga kerja.



Kini, Encik Faruq mengongsi bahawa syarikatnya merancang untuk melancarkan Popsical di lebih banyak negara termasuk Filipina, Indonesia, Thailand dan Vietnam.



Kemasukan ke dalam pasaran sedemikian bererti mereka perlu berdepan dengan cabaran lain, seperti kos dan akses Internet.



Namun begitu, Encik Faruq berkata syarikatnya akan terus berusaha gigih dalam mengatasi cabaran dan memanfaatkan huraian yang dapat memenuhi keperluan pelanggan.



"Kami perlu fikirkan huraian yang berbeza dan menyesuaikan diri kami di pasaran baru untuk memenuhi permintaan mereka.



"Kewujudan kami bergantung pada sama ada karaoke boleh dijadikan lebih mudah didapati orang ramai, seperti di Singapura dan Malaysia. Harapan saya adalah untuk menjadi syarikat karaoke terbesar di dunia," kata beliau.



  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >