Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan lebih kukuh bagi wanita atasi gangguan dalam talian

Kumpulan Defence Guild SG, yang ditubuh pada 2021, terus giat beri nasihat guaman
Feb 06, 2023 | 05:30 AM



WANITA yang mengalami gangguan dalam talian, sama ada dalam bentuk seksual, penghinaan atau kata-kata yang merendahkan martabat mereka, boleh mendapatkan sokongan yang lebih kukuh sejak kebelakangan ini.



Mereka boleh mendapatkan bantuan dari segi nasihat undang-undang, kaunseling, mahupun perintah perlindungan terhadap pelaku.



Kumpulan peguam Defence Guild SG, yang ditubuhkan pada 2021 menyusuli tinjauan lucah dalam talian melibatkan ustazah setempat, hingga kini masih giat memberi nasihat guaman kepada wanita lain yang menghadapi gangguan di dalam atau luar talian.



Kumpulan itu juga aktif memupuk kesedaran mengenai gangguan dan keganasan terhadap wanita serta perlindungan bagi wanita dari segi undang-undang.



Peguam Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang menerajui usaha tersebut, berkata kumpulan itu kini membentuk sebahagian daripada ekosistem sokongan yang lebih kukuh untuk wanita yang menghadapi kes sedemikian.



"Kini terdapat usaha yang lebih berstruktur untuk memupuk kesedaran dalam hal ini.



"Apa yang kami lihat ialah wanita kini lebih sedia tampil untuk mendapat tahu apa tindakan yang boleh diambil terhadap pelaku," ujar Encik Zhulkarnain, yang juga Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang.



Secara purata, kumpulan Defence Guild SG kini menerima sekitar dua pertanyaan setiap bulan, kebanyakannya daripada wanita yang mengalami pelbagai bentuk gangguan, sama ada daripada orang dikenali atau tidak.



Antara kes gangguan yang dihadapi wanita termasuk foto intim yang dipos di media sosial oleh bekas kekasih, tindakan 'stalking' (mengekori) hingga ke tempat kerja, gangguan dalam talian oleh akaun 'troll' atau akaun palsu, kata peguam Cik Luo Ling Ling.



"Bagi kebanyakan wanita ini, mereka memerlukan perintah mahkamah untuk melindungi diri daripada pelaku," kata Cik Luo, yang juga anggota Defence Guild SG.



Bulan lalu, satu pusat sumber sehenti baru telah ditubuhkan untuk menyediakan sokongan lebih menyeluruh kepada mangsa bahaya dalam talian.



Pusat SHECARES@SCWO itu telah dilancarkan oleh badan tidak mencari untung (NPO) SG Her Empowerment, atau S.H.E. bersama Majlis Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO).



Pusat ini bertujuan menyediakan ruang selamat bagi wanita dan anak perempuan mendapatkan kaunseling dan undang-undang bantuan khusus melibatkan bahaya Internet seperti buli, gangguan, mengendap atau dedah maya.



Untuk menyokong daya usaha itu, Pro Bono SG (PBSG) juga bekerjasama dengan S.H.E. dan SCWO untuk menyediakan bantuan guaman pro bono di pusat tersebut.



Pelbagai inisiatif tersebut dilancarkan menyusuli perbincangan selama setahun oleh Perikatan Untuk Bertindak (AfA) Sunlight - satu gabungan rentas sektor yang membincangkan huraian bagi isu bahaya dalam talian - yang ditubuhkan Julai 2021.



Pengerusi bersama AfA Sunlight, Cik Rahayu Mahzam, berkata sebelum ini bahawa usaha menangani bahaya dalam talian tidak boleh berhenti.



"Hakikatnya, ruang dalam talian, teknologi, merupakan suatu yang berubah-ubah.



"Sedang kita mengejar dan cuba membuatkan perkara lebih baik, akan terdapat cabaran baru yang perlu kita hadapi dan anda perlu pantas mengikut perubahan tersebut. Saya bersyukur kita tidak melakukan ini sendirian," ujar beliau, yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang).




"Kini terdapat usaha yang lebih berstruktur untuk memupuk kesedaran dalam hal ini.
Apa yang kami lihat ialah wanita kini lebih sedia tampil untuk mendapat tahu apa tindakan yang boleh diambil terhadap pelaku."
- Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, AP GRC Chua Chu Kang, yang juga seorang peguam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >