Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOKONGAN SKIM BANTUAN PEKERJAAN (JSS), BANTUAN KHUSUS BAGI PENJAJA, PEMILIK GERAI PASAR

DPPMS sambut baik, bantuan kurangi beban niaga yang terjejas terutama F&B

Jul 25, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH pemerintah melanjutkan sokongan Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) kepada sektor yang terjejas teruk ekoran langkah yang diperketat amat dialu-alukan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Menurut badan niaga itu, maklum balas yang diterima daripada para anggotanya menunjukkan bahawa para peniaga masih terus bergelut dengan masalah kos sewa dan tenaga kerja.



Presiden DPMMS, Encik Farid Khan, berkata bantuan yang ditawarkan pemerintah dalam pengumuman terkini memang amat menggalakkan.



"Kami optimistik bahawa bantuan daripada agensi awam akan dapat mengurangkan beban perniagaan yang terjejas terutama mereka yang di dalam sektor makanan dan minuman," katanya.



Beliau menambah, DPPMS akan meneruskan usaha untuk mendekati pihak-pihak berkepentingan dalam beberapa bulan mendatang.



Encik Farid menyatakan demikian menyusuli pengumuman yang dibuat Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong bahawa pakej sokongan $1.1 bilion akan dihulurkan semasa tempoh Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat) kali ini.



Dalam pengumuman tersebut, Encik Wong berkata JSS akan dipertingkat, bantuan sewa akan dilanjutkan selain menawarkan lebih banyak sokongan yang disasarkan bagi khidmat penghantaran makanan, pemandu teksi dan kereta sewa privet.



JSS, yang memberi subsidi gaji pekerja, akan dipertingkat kepada 60 peratus bagi sektor yang perlu menggantung banyak atau semua kegiatan mereka dalam tempoh itu.



Ini termasuk perniagaan makanan dan minuman (F&B), gimnasium, studio kecergasan, pertubuhan seni persembahan dan pusat pendidikan seni.



Sokongan JSS akan dipertingkat kepada 40 peratus bagi sektor yang terjejas oleh sekatan, termasuk sektor runcit, perkhidmatan penjagaan diri, tarikan pelancongan, hotel, ejen pelancongan dan pusat hiburan keluarga yang lain.



Dari segi bantuan sewa pula, pemerintah akan menyediakan tambahan pelepasan sewa empat minggu bagi penyewa yang layak di hartanah komersial milik pemerintah.



Dalam pada itu terdapat juga dana bantuan khusus bagi penjaja dan pemilik gerai pasar.



Encik Farid juga menggalak para peniaga untuk memanfaatkan Dana Peniaga Pintar yang disasarkan untuk membantu dalam usaha transformasi perniagaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >