Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan staf penting bagi SingPost terus berinovasi, kata Josephine Teo

Apr 13, 2023 | 10:02 PM



Sokongan kakitangan amat penting apabila SingPost berinovasi kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan proses baru, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo. 



Menambah beliau berkata kerjasama antara pengurusan di SingPost dengan kesatuan pekerja adalah contoh bagi syarikat-syarikat lain.



 



“Ia adalah satu manfaat besar apabila rakan kongsi dalam pengurusan melihat sumbangan pekerja sebagai sebahagian penting kejayaan syarikat dan bersedia memperuntuk sumber untuk memberikan latihan. Apabila mereka menganggap latihan dengan serius, kakitangan boleh membantu syarikat mencapai kejayaan lebih besar dalam usaha transformasi.



 



Cik Teo berkata demikian semasa beliau menyertai kakitangan dan pengurusan SingPost, serta  Kesatuan Pekerja Telekom Singapura (UTES), dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di SingPost Centre di Eunos.



 



Cik Teo turut memuji SingPost dan kakitangannya kerana telah mendakap inisiatif dan teknologi baru, termasuk melancarkan khidmat POPStop dan POPDrop pada 2022, yang membantu syarikat itu menjadi lebih relevan kepada peruncit e-dagang.



 



POPStop adalah pusat khidmat khas untuk membantu peruncit e-dagang menjalankan perniagaan sementara POPDrop menggunakan teknologi RFID yang membolehkan barangan dijejak apabila ia dimasukkan dalam bekas yang disediakan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >