Sokongan tambahan industri khidmat makanan dan runcit dijangka

PEMOHON kerja dalam industri khidmat makanan dan jualan runcit boleh menjangka sokongan tambahan dalam mengenal pasti kemahiran yang mereka perlukan dan seterusnya, laluan kerja yang relevan menggunakan rangka kerja kemahiran baru bagi kededua sektor itu yang dilancarkan semalam.

Dilancarkan oleh Tenaga Kerja Singapura (WSG), SkillsFuture Singapore (SSG) dan Spring Singapore, rangka kerja itu adalah sebahagian usaha pemerintah menggalakkan perniagaan menggunakan teknologi inovatif dan mengurangkan tenaga manusia.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan