Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan untuk guru prasekolah akan dipertingkat

Sep 24, 2023 | 05:30 AM



Pelbagai langkah akan diambil dalam usaha mengelak ‘kejadian tidak diingini’ di prasekolah dan mempertingkatkan sokongan buat guru prasekolah.

Berkongsi maklumat di Parlimen pada 18 September, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) akan mempertingkat sokongan untuk prasekolah bagi menangani tekanan yang dihadapi tenaga pendidik sektor itu.

Antaranya termasuk memastikan peningkatan kerjaya lebih baik, gaji lebih tinggi dan persekitaran pekerjaan lebih elok bagi guru prasekolah serta mengadakan program yang memberi tumpuan pada kesejahteraan mereka.

Ecda juga telah mengumumkan langkah untuk menaikkan gaji guru prasekolah demi memastikan ia “berdaya saing di pasaran dan sepadan dengan keupayaan mereka yang semakin meningkat”.

Cik Sun berkata pemerintah telah bekerjasama dengan pengendali yang menerima pendanaan pemerintah untuk menguatkuasakan gaji lebih tinggi tahun ini dan akan meneruskan usaha itu pada 2024.

Selain itu, agensi tersebut menyediakan sumber bagi pendidik mengemudi sendiri pembangunan profesional mereka dan mendalami kepakaran serta merancang kemajuan kerjaya mereka.

Sektor pembangunan dan pendidikan awal kanak-kanak menjadi tumpuan berita baru-baru ini menyusuli kes penganiayaan murid di dua prasekolah Kinderland – Kinderland@Woodlands Mart dan Kinderland@Sunshine Place di Choa Chu Kang – yang dilaporkan lewat Ogos.

Dalam kes di Kinderland@Woodlands Mart, rakaman video menunjukkan seorang guru memaksa kanak-kanak minum air dan memukul seorang kanak-kanak di punggung dengan buku tular di media sosial dan platform mesej.

Guru tersebut telah dipecat dan didakwa di mahkamah kerana melayan buruk seorang kanak-kanak.

Kes di Kinderland@Sunshine Place di Choa Chu Kang pula melibatkan seorang guru yang dilihat dalam rakaman memukul seorang budak lelaki.

Guru itu disiasat atas sebab secara sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seseorang berumur bawah 14 tahun.

Cik Sun di Parlimen turut berkata Ecda akan memperketat protokol siasatan dan mengkaji semula peraturan bagi pengendali prasekolah.

Agensi tersebut akan bekerjasama dengan Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) dan penyedia latihan untuk mengukuhkan latihan tenaga pengajar supaya mereka lebih jelas tentang tugas dan kewajipan dalam memastikan keselamatan kanak-kanak.

Ecda sudah pun menetapkan dasar dan keperluan yang jelas dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan positif di sekolah, tambah Cik Sun.

Selain itu, ia mempunyai Kod Latihan, yang antara lain, menetapkan asas interaksi antara tenaga pengajar dengan kanak-kanak mestilah saling “menghormati, responsif dan memberi timbal balik untuk menyokong pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >