Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Solat berjemaah dengan saf lebih rapat mulai lusa: Muis

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



JEMAAH masjid akan dapat kembali menunaikan solat berjemaah dengan saf yang dirapatkan mulai lusa, umum Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Ini sejajar dengan penyelarasan langkah pengurusan selamat Covid-19 yang antara lain menetapkan jarak selamat tidak diperlukan dalam sekitaran di mana pelitup digunakan.



Jemaah bagaimanapun perlu terus membawa peralatan solat peribadi mereka dan memakai pelitup.



Tempahan slot bagi solat Jumaat juga akan diteruskan.



Mengumumkan demikian dalam satu kiriman Facebook, Muis berkata lebih banyak ruang solat juga akan ditawarkan dan butiran lanjut akan diberikan dalam beberapa minggu akan datang.



"Alhamdulillah, sejajar dengan penyelarasan peraturan mengikut garis panduan negara, sukacita dimaklumkan bahawa kami dapat membuat penyesuaian kepada jarak selamat untuk solat berjemaah di masjid," kata Muis.



LAPORAN SELANJUTNYA: Masjid siap sedia terima lebih ramai jemaah kembali ke masjid




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >