Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SP Group bina substesen bawah tanah berskala besar pertama di Asia Tenggara

Apr 07, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT elektrik dan gas SP Group sedang membina substesen bawah tanah berskala besar pertama di Asia Tenggara yang terletak di Labrador.



Dengan membina kemudahan itu di bawah tanah, langkah ini akan menjimatkan ruang di atas tanah yang seluas tiga hektar, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.



Tiga hektar ialah seluas empat padang bola sepak.



Di atas substesen bawah tanah itu, satu pembangunan setinggi 34 tingkat akan dibina.



Apabila siap nanti, substesen 230 kilovolt yang terletak di Labrador itu akan memenuhi keperluan elektrik kawasan berdekatan seperti Alexandra, Clementi, Keppel, Pasir Panjang dan kawasan Science Park.



Kumpulan itu juga mengumumkan semalam ia telah memberikan kontrak pembinaan substesen itu kepada kontraktor utama Hyundai Engineering & Construction Co.



Ketua Pegawai Eksekutif SP Group, Encik Stanley Huang, berkata: "Dalam perniagaan kami yang membolehkan masa depan rendah karbon serta bijak dari segi tenaga, kami sedang membina infrastruktur yang lestari dan berdaya tahan.



"Ini sejajar dengan rancangan pembaharuan bandar Singapura dan SDG (Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kami sendiri bagi memastikan akses kepada tenaga yang boleh dipercayai, mampan serta moden bagi semua dan memanfaatkan inovasi untuk membina prasarana yang lestari."



Syarikat itu juga menarik perhatian kerja membina substesen bawah tanah itu akan memerlukan lebih banyak sumber serta keupayaan kejuruteraan yang lebih pakar, berbanding membinanya di atas tanah.



Ini disebabkan keperluan menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai bagi sekitaran di bawah tanah.



Sebagai contoh, kajian kejuruteraan yang terperinci dan kaedah pembinaan yang sesuai perlu dilaksana untuk mengawal kesannya kepada bangunan di sekeliling.



Namun, faedah jangka panjang membina substesen bawah tanah mengatasi kosnya, kata SP Group.



Selain memanfaatkan sumber tanah bagi tujuan lain, substesen bawah tanah mempunyai risiko lebih rendah didedahkan kepada bahaya dan kerosakan.



"Ini akan meningkatkan keselamatan aset dan rangkaian," kata SP Group.



Kumpulan itu berkata ia akan memanfaatkan pengalamannya dalam membina terowong kabel elektrik bawah tanah di serata Singapura sebelum ini dalam membina substesen bawah tanah itu.



"Dengan pelajaran dan pengalaman yang diraih daripada projek ini, kami boleh meneroka kemungkinan membina lebih banyak substesen di bawah tanah," kata Encik Huang.



Substesen bawah tanah itu merupakan sebahagian daripada Pelan Induk 2019 bawah tanah Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Substesen dan bangunan komersial yang akan dibina itu dijadual siap pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >