Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

SP Group lancar hab cas kenderaan elektrik terbesar di Asia Tenggara

Terletak di Kampus Surbana Jurong, 36 tempat cas akan dipasang dalam masa 18 bulan mendatang
Jun 09, 2022 | 05:30 AM



KUMPULAN konsultasi prasarana dan pembangunan bandar, Surbana Jurong telah bekerjasama dengan pembekal utiliti SP Group (SP) untuk memasang 36 tempat pengecas bar bagi kenderaan elektrik (EV) dalam masa 18 bulan akan datang.



Ia akan dipasang di Kampus Surbana Jurong di Cleantech Loop, dekat Jalan Bahar bagi kegunaan awam sebagai sebahagian daripada rangkaian pengecas SP yang lebih meluas.



Sembilan tempat pengecas pertama akan siap apabila bangunan itu dibuka dalam beberapa bulan akan datang.



Pengendali tempat pengecas itu kini mempunyai 525 sudut pengecas di 130 lokasi.



Kampus Surbana Jurong terletak di JTC Corporation's CleanTech Park, yang merupakan satu daripada lima kawasan yang merangkumi Kawasan Inovasi Jurong.



Kawasan lain termasuk daerah JTC Bulim, Bahar dan Tengah dan Universiti Teknologi Nanyang.



Ibu pejabat global Surbana Jurong seluas 68,915 meter persegi, sekitar saiz 9½ padang bola sepak.



Kerja-kerja binaan sepatutnya tamat tahun lalu tetapi tertangguh akibat pandemik Covid-19.



Jurucakap syarikat itu berkata ia dijangka siap dalam beberapa bulan akan datang.



Terdapat 10 blok bangunan dalam kalangan Kampus Surbana Jurong dengan syarikat itu sedang cuba menggunakan panel solar bagi menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui untuk menyokong keperluan kuasanya.



Namun, kuasa yang diperlukan untuk EV semasa mengecas akan diambil daripada elektrik.



Secara berasingan, sebagai sebahagian daripada tender rintis oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang dikemukakan sebelum ini, sejumlah 126 pengecas EV akan dipasang di 34 tempat letak kereta JTC dalam masa setahun ini.



Menurut kenyataan media oleh Surbana Jurong, apabila siap kelak, hab mengecas EV di kampus itu dijangka merupakan yang terbesar di Asia Tenggara.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Surbana Jurong, Encik Wong Heang Fine, berkata pihaknya komited memainkan peranan bagi mencapai Pelan Hijau Singapura.



"Menawarkan sudut mengecas bagi kenderaan elektrik merupakan satu langkah untuk membantu pemandu beralih kepada kenderaan lebih mampan.



"Bagi kebanyakan yang menggunakan pengangkutan awam, kami telah mereka program mobiliti pelbagai modal yang mengutamakan pendekatan mengurangkan penggunaan kereta privet, bekerjasama dengan rakan kongsi bagi menghasilkan pelbagai huraian perjalanan bijak yang melengkapi pilihan pengangkutan awam dan rangkaian hubungan taman," ujarnya.



CEO SP Group, Encik Stanley Huang, pula berkata, pihaknya mempunyai matlamat mempercepat pendakapan mobiliti elektrik di Singapura bagi menyokong matlamat negara mencapai pengeluaran sifar bersih.



"Menubuhkan rangkaian pengecas EV yang meluas, mudah diakses dan pengalaman mengecas yang boleh dipercayai, akan memberikan keyakinan bagi membolehkan peralihan berlaku.



"Kami gembira dapat bekerjasama dengan Surbana Jurong sedang kami meluaskan rangkaian dan huraian mengecas bagi memenuhi permintaan serta amalan gaya hidup pemandu EV kita," katanya.



Untuk mengecas, pemandu EV hanya perlu memuat turun aplikasi SP.



Ini akan membolehkan mereka mengenal pasti sudut mengecas terdekat yang ada, menjejak kemajuan EV yang sedang dicas dan sekali gus membuat pembayaran.



SP mengendalikan rangkaian mengecas awam terpantas dan terbesar Singapura dengan lebih 500 sudut mengecas di lebih 100 lokasi termasuk pusat beli-belah, bangunan komersial, kawasan perniagaan, tapak perindustrian, tempat perumahan dan tarikan di merata Singapura.




"Menawarkan sudut mengecas bagi kenderaan elektrik merupakan satu langkah untuk membantu pemandu beralih kepada kenderaan lebih mampan."
- Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Surbana Jurong, Encik Wong Heang Fine.



"Menubuhkan rangkaian pengecas EV yang meluas, mudah diakses dan pengalaman mengecas yang boleh dipercayai, akan memberikan keyakinan bagi membolehkan peralihan (ke kenderaan elektrik) berlaku."
- Ketua Pegawai Eksekutif, SP Group, Encik Stanley Huang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >