Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPCA selamatkan 2,389 haiwan dari dianiaya

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



SEJUMLAH 2,389 haiwan telah diselamatkan oleh Persatuan Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA) dalam tempoh setahun hingga Jun lalu.



Persatuan itu juga telah melakukan sebanyak 1,856 pembedahan ke atas binatang yang diselamatkan di Klinik Haiwan Masyarakat SPCA Singapura.



Sebanyak 451 siasatan kekejaman dan kebajikan haiwan juga dijalankan oleh SPCA, menurut persatuan itu dalam satu kiriman Facebook baru-baru ini.



"Semua ini hanya mampu dilakukan dengan bantuan anda, dan kami mengucapkan terima kasih kepada anda setiap hari kerana membolehkan kami berkhidmat kembali kepada haiwan-haiwan kami," kata SPCA.



Seorang penyelamat kucing bebas, Cik Lynn Jefrydeen, memuji usaha SPCA menyelamatkan haiwan yang dianiaya dan merawat mereka.



Beliau berkata bilangan haiwan yang diselamatkan SPCA itu adalah tinggi dan angka sebenar berkemungkinan besar jauh lebih tinggi kerana beberapa usaha menyelamat dilakukan oleh penyelamat bebas sepertinya.



"Sering kali kami melakukan usaha menyelamat sendiri kerana ada kala SPCA mempunyai terlampau banyak kes. Tetapi saya memuji SPCA kerana mereka telah melakukan usaha yang lebih baik dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan," kata Cik Lynn.



Beliau berkata bilangan tinggi haiwan yang diselamatkan itu bermakna lebih ramai orang tidak menghiraukan haiwan peliharaan mereka dan memutuskan bahawa pengabaian adalah cara melepaskan tanggungjawab mereka kerana mereka tidak akan ditangkap.



"Kami juga percaya ada ramai pembiak haiwan di rumah (backyard breeder). Dan apabila tidak ada orang membeli haiwan-haiwan yang mereka ternak itu dan haiwan-haiwan itu jatuh sakit, mereka buang.



"Ia menyedihkan tetapi benar. Kami telah melihat dan menyelamatkan kucing dan anak kucing jenis pedigri yang dibuang dan sakit," katanya.



Cik Lynn menambah, langkah lebih ketat perlu diperkenalkan dan kesedaran perlu dipertingkatkan seperti melalui iklan televisyen dan di media sosial.



"Sebagai pemilik haiwan peliharaan dan penyelamat serta pemberi makanan, saya berharap lebih ramai orang akan bersuara dan meminta undang-undang lebih tegas terhadap pengabaian dan penganiayaan haiwan - agar lebih ramai orang didakwa dan lebih banyak nyawa haiwan dapat diselamatkan," katanya.



Seorang penggemar kucing, Cik Nuraini Yusuf, mengakui peranan penting yang dimainkan SPCA dalam menjaga kebajikan haiwan di Singapura.



"Tanpa mereka, kes penganiayaan haiwan di sini mungkin lebih berleluasa," katanya.



Menyentuh tentang lebih 2,000 ekor haiwan yang diselamatkan dalam tempoh setahun, Cik Nuraini berkata orang awam perlu dididik tentang cara menjaga haiwan secara bertanggungjawab bagi mengelakkan pembiakan di luar kawalan yang sering kali berakhir dengan pengabaian.



Beliau juga berharap orang ramai akan melaporkan individu dalam kejiranan mereka yang disyaki menganiaya haiwan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >