Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin dan AP GRC Tampines Cheng Li Hui letak jawatan

Jul 17, 2023 | 01:46 PM



Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, dan Anggota Parlimen GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui, telah meletak jawatan di atas kelakuan peribadi mereka.

Mengumumkan peletakan jawatan mereka pada Isnin, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata peletakan jawatan mereka adalah perlu untuk mengekalkan standard tatasusila dan kelakuan peribadi yang tinggi yang telah dipertahankan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) selama ini.

Mengulas tentang peletakan jawatan Encik Tan, Encik Lee berkata beliau menghargai pengakuan Encik Tan bahawa beliau telah gagal dalam kelakuan peribadinya.




File



Beliau kata beliau memahami hasrat Encik Tan untuk “menarik diri dari politik dan membantu keluarga anda pulih”.

“Saya telah bercakap dengan anda sebelum ini. Anda mengakui bahawa apa yang anda lakukan adalah salah dan menawarkan untuk meletakkan jawatan,” kata Encik Lee.

Beliau berkata beliau menerima peletakan jawatan Encik Tan selepas membuat pengaturan untuk terus menjaga penduduk GRC Marine Parade dan kawasan Kembangan-Chai Chee yang di bawah penjagaannya.




File



Encik Lee berkata beliau sedih kerana Encik Tan tidak meninggalkan politik dalam keadaan yang lebih gembira.

Encik Tan telah menjadi sasaran sepanjang minggu lalu di atas komen yang dibuatnya dan didengar melalui mikrofon semasa sidang Parlimen.

Sementara itu, Cik Cheng, yang berundur berkuat kuasa serta-merta sebagai anggota PAP, dan juga meletak jawatan sebagai AP GRC Tampines, berkata dalam surat peletakan jawatannya: “Saya amat kesal kerana meletak jawatan dalam keadaan ini, dan ingin memohon maaf kepada parti, serta kepada penduduk dan sukarelawan saya.”




File



Encik Lee, dalam jawapannya kepada Cik Cheng, berkata beliau kesal dengan keadaan meletak jawatan itu.




File



Kedua-dua Encik Tan dan Cik Cheng telah memadamkan akaun media sosial mereka.

Encik Tan telah dipilih oleh AP sebagai Speaker Parlimen ke-10 pada 11 September 2017. Beliau juga merupakan AP GRC Marine Parade sejak 7 Mei 2011.

Sebelum pemilihannya sebagai Speaker, beliau adalah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dari 9 April 2015 hingga pelantikannya. Beliau juga merupakan Menteri Tenaga Manusia dari 1 Mei 2014 hingga 8 April 2015.

Cik Cheng menyertai politik dalam pilihan raya umum 2015 di GRC Tampines. Beliau juga dilantik sebagai Timbalan Penasihat Daerah dalam Sayap Wanita PAP pada 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >