SPH, Kajima menang tender bagi projek perumahan, komersial di estet Bidadari

KONSORTIUM yang dibentuk Singapore Press Holdings (SPH) dan Kajima Development Pte Ltd (Kajima) telah memenangi tender bagi tapak pajakan 99 tahun untuk tujuan perumahan dan komersial di Upper Serangoon Road oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Konsortium itu telah mengemukakan bida tertinggi $1.132 bilion bagi tanah seluas kira-kira 25,440.8 meter persegi. Dua rakan kongsi konsortium itu akan memegang kepentingan yang sama rata bagi projek bersama itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan