Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH Media anugerah 4 jenis biasiswa kepada 36 penerima

Jul 28, 2023 | 07:20 PM



Manusia merupakan aset paling berharga bagi syarikat. Lebih lagi mereka yang telah berusaha untuk mengasah bakat dan kemahiran.

Oleh itu, SPH Media telah mengambil langkah untuk menarik bakat yang terbaik daripada institusi pendidikan melalui biasiswa dan tawaran latihan amali.

SPH juga bekerjasama dengan institusi terkenal dan rakan kongsi untuk menawarkan pelbagai jenis peluang pembelajaran dan pembangunan bagi wartawan.

Pada 2023, empat jenis biasiswa diberikan kepada 36 penerima di auditorium bangunan SPH Media pada Jumaat.

Majlis penyampaian biasiswa itu dihadiri Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan.

Biasiswa Kewartawanan SPH Media; Biasiswa SPH Media-Yayasan Temasek; Biasiswa SPH Media untuk Anak Pekerja yang Berkhidmat; dan Biasiswa Yayasan SPH Lim Kim San Memorial; adalah biasiswa yang diberikan.

Biasiswa SPH Media-Yayasan Temasek dilancarkan pada 2023 khas buat pelajar dalam Jabatan Komunikasi dan Media Baru Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Sekolah Perhubungan dan Maklumat Wee Kim Wee di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

“Saya bangga dengan pencapaian pemohon dan penerima biasiswa kami. Ada di antara mereka yang bakal menjadi pemimpin industri media pada masa hadapan.

“Sambil kami teruskan pelaburan kami dalam bakat yang sudah ada dan menarik mereka yang masih lagi baru, biasiswa ini menyediakan peluang yang baik bagi golongan muda Singapura yang mempunyai cita-cita untuk menceburi bidang kewartawanan,” kata Cik Teo Lay Lim, Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media

Selain itu, ketua jabatan tenaga manusia SPH Media, Cik Mauren Wee, berkata pihaknya gembira kerana dapat menganugerahkan Biasiswa Kewartawanan SPH Media kepada golongan muda yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang tersebut.

“Mereka akan mendapat peluang untuk mencari dan melaporkan perkara yang benar dan juga diberi peluang untuk bercerita.

“Biasiswa juga diberikan kepada lapan wartawan yang telah menunjukkan prestasi baik di bilik berita semasa latihan amali mereka,” kata Cik Wee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >