Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH Media kukuh proses susuli semakan dalaman dedah kesilapan angka edaran

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



KUMPULAN media, SPH Media Trust, telah mengambil langkah untuk mengukuhkan prosesnya selepas satu semakan dalaman mendedahkan kesilapan dalam laporan maklumat edarannya.



Kesilapan itu didapati ketika SPH Media menjalankan semakan proses dalamannya pada Mac 2022, menurut jurucakap SPH Media.



Kakitangan yang terlibat telah dikenakan tindakan atau meninggalkan SPH.



Jurucakap itu menyatakan demikian selepas terdapat berita dalam talian yang menyatakan tiga kakitangan SPH Media Trust akan meninggalkan syarikat itu disebabkan dakwaan jurang dalam perangkaan langganan dan peredaran baru-baru ini.



"Sedang pertubuhan itu memulakan perjalanan baru, SPH Media telah memulakan satu semakan mengenai proses laporan pada Mac 2022, termasuk pelaporan perangkaan edaran. Beberapa perkara yang tidak konsisten dalam pelaporan data telah ditemui, dan kami telah dengan segera mengambil langkah untuk mengukuhkan proses-proses itu.



"Kakitangan yang terlibat telah dikenakan tindakan, atau telah meninggalkan organisasi ini," kata jurucakap SPH Media.



Semakan itu mendapati terdapat jurang data peredaran 85,000 hingga 95,000 purata harian bagi semua media di bawahnya yang mewakili 10-12 peratus dari angka peredaran purata harian.



MCI bakal semak data edaran SPH Media



Antara kesilapan yang telah ditemui semasa semakan dalaman termasuk kontrak yang telah luput tetapi masih terus dikira dalam perangkaan edaran.



Terdapat juga salinan akhbar yang dicetak dan dikira untuk peredaran dan kemudiannya dimusnahkan.



Selain itu, terdapat kiraan sebanyak dua kali bagi langganan dalam beberapa insiden, manakala satu akaun projek telah disuntik dengan pembiayaan tambahan buat beberapa tempoh masa tertentu untuk membeli peredaran 'rekaan' yang ditemui semasa semakan itu.



Semakan itu juga dapati bahawa angka edaran tertentu telah diperolehi secara sewenang-wenangnya.



Memberikan respons kepada Berita Harian (BH), SPH Media berkata: "Sekitar 10 hingga 12 peratus percanggahan melibatkan kira-kira 85,000 hingga 95,000 salinan akhbar harian merentasi semua penerbitan akhbar telah ditemui semasa semakan dalaman itu."



SPH Media menerbitkan akhbar The Straits Times dan The Business Times, serta Lianhe Zaobao, Berita Harian, Shin Min dan Tamil Murasu.



Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) semalam, ia mengatakan bahawa pihak MCI mengetahui tentang laporan mengenai penemuan SPH Media tentang beberapa perkara yang tidak konsisten dalam pelaporan data edaran mereka.



"Pihak MCI telah meminta SPH Media Trust (SMT) untuk berkongsi penemuan penuhnya dan telah menerima laporan dalaman SMT mengenai perkara itu baru-baru ini.



"Pihak MCI akan menjalankan semakan kami sendiri untuk menentukan sama ada beberapa perkara yang tidak konsisten dalam data edaran itu akan menjejaskan keputusan untuk membiayai serta jumlah komitmen pembiayaan pemerintah terhadap SPH Media.



"MCI menjangkakan SPH Media akan bekerjasama sepenuhnya dengan semakan kami," katanya.



Semakan dalaman itu telah dijalankan dari September 2020 hingga Mac 2022.



Ini memberikan SPH Media tahun kewangan yang penuh untuk menyemak semula dari September 2020 hingga Ogos 2021.



Tempoh semakan itu juga termasuk dua suku, dari September hingga November 2021, ketika ia di bawah operasi media kumpulan Singapore Press Holdings Limited (SPH) dan dari Disember 2021 hingga Mac 2022 apabila SPH Media telah dipindahkan kepada sebuah syarikat awam berhad yang dijamin (CLG).



SPH mula-mula menyatakan hasratnya pada Mei 2021 untuk memindahkan perniagaan medianya kepada syarikat CLG, bagi membantu mendapatkan pembiayaan daripada sumber awam dan swasta.



Langkah itu telah diluluskan pada September 2021 oleh pemegang saham SPH, dan seperti syarikat media lain di seluruh dunia, telah bergelut dengan penurunan hasil pengiklanan dan kerugian dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Susulan langkah itu, MCI berkata pada Februari lalu bahawa SPH Media akan mendapat pembiayaan pemerintah sehingga $180 juta setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang.



Syarikat itu juga dikehendaki menyediakan kemas kini kemajuan setiap setengah tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >