Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES ANGKA EDARAN BERLEBIHAN SPH MEDIA

SPH Media Trust harus bertanggungjawab apabila terima biaya pemerintah

Lembaga SMT telah tugaskan jawatankuasa audit dan risiko untuk jalankan siasatan lanjut terhadap percanggahan jumlah edaran
Feb 07, 2023 | 05:30 AM



SPH Media Trust (SMT) harus bertanggungjawab apabila ia menerima pembiayaan daripada pihak pemerintah.



Untuk memastikan kebertanggungjawapan penggunaan dana pembiayaan awam, syarat-syarat dan perlindungan telah ditempatkan, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo di Parlimen semalam.



Ini termasuk menggunakan penunjuk prestasi utama (KPI) seperti jumlah kesampaian dan keterlibatan produk SMT dengan tumpuan pada wadah digital serta petunjuk khusus bagi kumpulan vernakular dan belia bagi menentukan jumlah pembiayaan yang diterima.



"Lembaga dan pengurusan SMT juga perlu prihatin terhadap tugas awam mereka, tanggungjawab mereka untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadap bilik berita dan wartawan mereka, dan keperluan untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan tekun dan tepat pada masa," kata beliau yang menyatakan bahawa Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) menjangka SMT akan berkongsi hasil siasatan jawatankuasa audit dan risiko itu.



Menurut Cik Teo, KPI prestasi dan penyata kewangan SMT juga perlu diaudit oleh juruaudit luar bebas sebelum diserahkan kepada pihak pemerintah.



Beliau menambah, SMT juga perlu menyediakan kemas kini kepada MCI pada setiap setengah tahun dan pembiayaan akan diberikan hanya jika ia menyediakan kemas kini yang memuaskan bagaimana pembiayaan telah digunakan, dan rancangan perniagaan masa depan.



Beliau menambah bahawa walaupun bilangan edaran tidak menjadi pertimbangan utama oleh pihak pemerintah dalam menyediakan pembiayaan kepada SMT, memberikan angka edaran berlebihan adalah salah, kata beliau yang menekankan bahawa lembaga pengarah dan pengurusan SMT menyedarinya dan mereka ingin membetulkan keadaan itu dengan mengadakan semakan lanjut oleh jawatankuasa audit dan risikonya.



Soalan-soalan lain yang diajukan oleh para Anggota Parlimen (AP) termasuk tempoh dan implikasi kewangan ke atas jumlah edaran yang berlebihan, cara, masa, dan sejauh mana SMT telah mendedahkan butir-butir semakan.



Menjawab soalan-soalan itu, Cik Teo mengatakan bahawa kebimbangan mereka adalah sah.



"SMT mempunyai tadbir urus korporat dan pasukan eksekutif sendiri. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah mereka, yang seterusnya bertanggungjawab kepada ahli-ahli syarikat awam berhad yang dijamin (CLG).



"Pihak pemerintah tidak boleh memberi jawapan untuk pihak SMT, dan adalah terlalu awal untuk kita menyatakan lebih lanjut pada masa ini.



"Ini lebih-lebih lagi kerana lembaga itu telah menugaskan jawatankuasa audit dan risiko mereka untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap percanggahan edaran itu," kata beliau.



Beliau berkata pihak pemerintah mengalu-alukan resolusi oleh lembaga itu untuk mengkaji penemuan kajian dalaman, dan meletakkan SMT di landasan yang betul.



Beberapa AP juga menanyakan jika siasatan polis sedang dijalankan.



Menjawab pertanyaan itu, Cik Teo menyatakan bahawa jika terdapat sebarang bukti undang-undang telah dilanggar, ia menjadi kewajipan SMT untuk merujukkan perkara itu kepada polis.




 "Lembaga dan pengurusan SMT juga perlu prihatin terhadap tugas awam mereka, tanggungjawab mereka untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadap bilik berita dan wartawan mereka, dan keperluan untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan tekun dan tepat pada masa."



- Cik Josephine Teo, Menteri Perhubungan dan Penerangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >