Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN

SPH Media Trust, Mediacorp perlu terus tunjukkan kemajuan

Mar 01, 2023 | 05:30 AM



SEDANG tabiat penerimaan berita dalam kalangan warga Singapura berubah, media tempatan SPH Media Trust dan Mediacorp akan perlu terus menunjukkan kemajuan.



Transformasi yang sebenarnya bukan hanya menerusi teknologi baru, tetapi juga dalam perubahan pemikiran, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, sewaktu perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen pada Selasa.



"Wartawan akan perlu membangunkan kemahiran baru dan mendapat sokongan pihak pengurusan dalam proses ini.



"Perjalanan pada masa depan adalah panjang dan sukar, dan kita tidak patut memandang rendah usaha yang diperlukan," katanya.



Cik Jessica Tan (GRC East Coast) telah bertanya tentang bagaimana pertubuhan media tempatan sedang memperkukuh keupayaan dalam mendekati pengguna dalam talian, lebih-lebih lagi dalam kalangan golongan lebih muda.



Menjawab, Cik Teo berkata keupayaan digital media setempat telah sangat diperkukuh dalam tahun-tahun kebelakangan ini.



"Untuk mengembangkan pendekatan dalam talian, lebih-lebih lagi kepada golongan muda, mereka telah menggunakan teknologi digital untuk menyampaikan kandungan dalam cara inovatif," tambahnya.



Beliau menukil bagaimana media vernakular sedang berusaha untuk beralih ke wadah yang menjadi tumpuan pengguna.



Contohnya, Berita Harian telah menghasilkan podcast yang membincangkan mengenai isu sosial dan geopolitik manakala Tamil Murasu bakal melancarkan aplikasi mudah alihnya tahun ini.



Usaha seperti ini, kata Cik Teo, telah membuahkan hasil lebih-lebih lagi dengan pembaca dan penonton lebih muda.



Tinjauan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) menunjukkan bahawa seramai 82 peratus daripada mereka yang berusia antara 15 tahun dengan 24 tahun mendapatkan berita aliran utama setempat secara tetap menerusi wadah dalam talian pada 2021.



Ini satu peningkatan sebanyak kira-kira 30 mata peratusan sejak 2018, kata Cik Teo.



Bagi golongan berusia 25 tahun hingga 34 tahun, peningkatan sepanjang tempoh yang sama adalah 23 mata peratusan, dari 67 peratus ke 90 peratus.



Bagaimanapun, Cik Teo berkata masih banyak yang perlu dilakukan media tempatan.



Dalam ucapannya, Cik Teo juga berkata bahawa dalam usaha menentang maklumat salah dalam talian, warga Singapura perlu ada sumber maklumat yang boleh dipercayai dan mudah diakses.



"Rakyat yang berpengetahuan dan celik maklumat membantu memperkukuh daya tahan sosial. Ini adalah sebab utama untuk menyokong media perkhidmatan awam kita," jelasnya.




"Berita Harian telah menghasilkan podcast yang membincangkan isu sosial dan geopolitik, dan Tamil Murasu sedang mengikuti jadual untuk melancarkan aplikasi mudah alihnya tahun ini."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >