Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH Media Trust terima dana pemerintah hingga $180j setahun sepanjang 5 tahun

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



SPH Media Trust (SMT) akan menerima dana pemerintah hingga $180 juta setiap tahun sepanjang lima tahun akan datang, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, semalam.



Dana itu diperuntuk Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) untuk menyediakan SMT dengan modal bagi melabur untuk masa depan, sambil memastikan syarikat itu dapat mengekalkan operasinya dalam tempoh peralihan kritikal.



"Pemerintah bersedia untuk menyokong peralihan SMT. Kami komited melindungi ruang maklumat bagi rakyat kami," ujar Cik Teo.



Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen (AP) berkenaan sokongan pemerintah terhadap SPH Media Trust, sebuah syarikat awam berhad yang dijamin (CLG), yang telah mengambil alih perniagaan media Singapore Press Holdings (SPH) sejak 1 Disember lalu.



Cik Tin Pei Ling (MacPherson) dan Cik Cheryl Chan (GRC East Coast) juga telah bertanya mengenai kebertanggungjawaban terhadap dana pemerintah itu.



Dalam jawapannya, Cik Teo berkata MCI akan memantau prestasi produk SMT dari segi pendekatannya kepada pembaca dengan tumpuan platform digital, pendekatan terhadap kumpulan vernakular dan belia, serta daya tahannya terhadap gangguan.



SMT juga perlu memberi perkembangan tentang kemajuannya kepada MCI setiap pertengahan tahun.



MCI akan menyemak jumlah dana selepas lima tahun pertama berdasarkan kemajuan yang telah dicapai SMT.



"Dalam tahun-tahun awalnya, kami menjangkakan SMT akan membelanjakan sekitar 40 peratus daripada pendanaan itu bagi pelaburan teknologi dan bakat digital.



"Bakinya akan digunakan bagi pembangunan keupayaan dan latihan bilik berita, khususnya bilik berita vernakular," ujar Cik Teo.



SMT antara lain menerbitkan akhbar The Straits Times, Lianhe Zaobao dan Berita Harian.



Dalam ucapannya, Cik Teo menarik perhatian bahawa pendanaan pemerintah terhadap media berita berlaku di banyak negara, dan di sesetengah tempat, sokongan itu telah meningkat semasa Covid-19.



Ini menunjukkan pentingnya kewartawanan yang dipercayai sebagai satu kebaikan awam dalam sekitaran yang kompleks, kata Cik Teo.



Pada 2020, pemerintah Perancis memperkenalkan pakej subsidi lebih 480 juta euro ($732 juta) untuk menyokong media berita dalam mengharungi kerugian akibat Covid-19 dan peralihan terhadap platform digital.



Pada tahun yang sama, Norway dan Sweden pula memberi sokongan 43 juta euro dan 65 juta euro kepada media mereka.



Beberapa AP termasuk Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tee), Encik Pritam Singh (GRC Aljunied) dan Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) pula telah bertanya mengenai kebebasan editor dan kepercayaan pembaca.



"SMT telah melaksanakan kebebasan editor sejak penubuhannya pada 1984 sebagai Singapore Press Holdings.



"Sokongan dana tidak akan mengubahnya, seperti yang dilihat dalam contoh Mediacorp pada 2011," ujar Cik Teo.



Beliau juga menarik perhatian tahap kepercayaan tinggi dalam kalangan warga Singapura terhadap media setempat termasuk Channel News Asia dan The Straits Times.



"Oleh kerana orang ramai membaca, menonton dan mendengar media aliran utama, mereka layak disokong.



"Ia tidak akan menguntungkan sesiapa jika produk itu kekurangan kredibiliti dan diabaikan penonton," ujar Cik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >