Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH, sayap amalnya derma $350,000 untuk 20 badan amal

Jul 31, 2018 | 06:25 PM



SEJUMLAH $350,000 telah didermakan Singapore Press Holdings (SPH) dan sayap amalnya Yayasan SPH kepada 20 badan khidmat sosial. 



Dana dermaan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha tahunan SPH dan Yayasan SPH untuk menyokong badan amal yang memberi khidmat kepada keuarga kurang bernasib baik, warga emas dan pelajar berkeperluan khas. 



Majlis penyerahan cek diadakan hari ini di Dewan Persidangan Singapura dan dihadiri seramai 130 tetamu, termasuk penerima bantuan dan penjaga dari 20 badan khidmat sosial itu. 



Dari jumlah yang didermakan itu, $150,000 akan disalurkan kepada Skim Bantuan Kewangan Pendidikan Khas untuk membantu lebih 1,500 pelajar berkeperluan khas dari keluarga berpendapatan rendah. 



Sebanyak 10 badan amal yang menyediakan khidmat kepada warga emas dan keluarga yang memerlukan pula akan menerima $10,000 masing-masing, manakala baki $10,000 akan diberikan kepada 10 badan amal yang berkhidmat untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dan mereka yang kurang upaya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >