Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura-Afrika Selatan luaskan kerjasama dalam 2 bidang

May 16, 2023 | 09:00 PM



Singapura dan Afrika Selatan akan meluaskan kerjasama dalam bidang teknologi perhubungan dan maklumat serta bekerja lebih rapat dalam pembangunan modal insan.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan Presiden Afrika Selatan, Encik Cyril Ramaphosa, menyaksikan pemeteraian dua perjanjian memorandum persefahaman (MOUs) dalam dua bidang ini pada Selasa, berikutan satu majlis menyambut kehadiran Encik Lee di Tuynhuys, pejabat presiden Afrika Selatan. 

Encik Lee disambut oleh Encik Ramaphosa di pejabat abad ke-18 itu, yang dibina semasa kehadiran Dutch East India Company. 

Menurut Encik Lee, perjanjian itu akan meluaskan kerjasama Singapura dan Afrika Selatan yang sudah kukuh ke bidang baru. 

Bercakap dalam satu sidang media dengan Encik Ramaphosa menyusuli pemeteraian itu, Encik Lee menyifatkan hubungan dua hala itu sebagai kerjasama Singapura yang mempunyai bidang paling luas di rantau Afrika sub-Sahara. 

Beliau menarik perhatian syarikat setempat yang mempunyai kehadiran di Afrika Selatan adalah dalam pelbagai sektor termasuk perniagaan pertanian, huraian bandar, hospitaliti, perkilangan, pelabuhan dan logistik serta inovasi dan teknologi. 

Dagangan antara kededua negara telah berkembang lebih 60 peratus sejak 2018, dan mencapai lebih $2.7 bilion pada 2022. 

Kededua negara meraikan hubungan diplomatik selama 30 tahun pada tahun ini. 

Encik Ramaphosa berkata kededua pihak telah mengadakan perbincangan produktif, termasuk dalam bidang kerjasama termasuk pendigitalan, pengurusan air dan sanitasi.

Pegawai dari kededua pihak juga membincangkan topik yang menjadi kepentingan bersama, seperti permohonan Afrika Selatan menjadi rakan dialog bersektor dengan Asean dan isu antarabangsa seperti perang di Ukraine.

Selain pegawai pemerintah, satu delegasi terdiri daripada 17 syarikat setempat juga turut serta dalam lawatan itu untuk meneroka peluang dan kerjasama jangka panjang dengan rakan sejawatan dari Afrika Selatan, jelas Encik Lee. 

Tambahnya, hubungan penerbangan antara kededua negara adalah mantap, dengan syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) menawarkan penerbangan harian antara Singapura, Johannesburg, dan Cape Town. 

Namun, masih ada ruang merapatkan kedua negara lagi, sama ada dalam keterhubungan penerbangan, pelaburan, hubungan digital atau hubungan penduduk, tambah Encik Lee. 

“Singapura komited meluaskan kerjasama kami,” terangnya.

Sejajar dengan itu, perjanjian antara pemerintah mengenai pembangunan kemahiran akan merangsang kerjasama dalam bidang seperti kepimpinan menerusi kursus di bawah Program Kerjasama Singapura – wadah utama Singapura menawarkan bantuan teknikal kepada rakan negara.

Lebih 1,000 pegawai Afrika Selatan sudah menyertai kursus SCP sejauh ini, ujar Encik Lee.

Di bawah Kerjasama Singapura– Afrika Selatan yang dilancarkan pada 2022, pegawai dari rantau itu boleh mendapatkan keutamaan dalam program SCP dan biasiswa posijazah di Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >