Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:16
Isyak
8:23

S'pura akan beri pakej bantuan Covid-19 kepada Kepulauan Riau: Maliki

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura akan beri pakej bantuan Covid-19 kepada Kepulauan Riau: Maliki

Jul 27, 2021 | 09:37 PM

SINGAPURA akan menghantar pakej bantuan kepada Kepulauan Riau (Kepri) untuk menyokong usahanya memerangi Covid-19.

Pakej bantuan itu merangkumi peralatan dan bekalan perubatan termasuk 250 silinder oksigen, ubat-ubatan, kit ujian pantas antigen serta peralatan perlindungan peribadi seperti pelitup N95, pelitup pembedahan dan sarung tangan perubatan.

Ini dinyatakan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam panggilan video berasingan bersama Gabenor wilayah Kepri, Encik Ansar Ahmad, dan Datuk Bandar Batam, Encik Muhammad Rudi, pada Selasa (27 Julai).

"Semasa panggilan video itu, Dr Maliki mengesahkan persahabatan yang lama antara Singapura dengan Kepri, dan menyampaikan pakej bantuan daripada Pemerintah Singapura untuk menyokong usaha Kepri memerangi Covid-19," kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya.

Pakej bantuan itu akan dihantar dari Singapura ke pelabuhan Batu Ampar di Batam dalam beberapa hari akan datang.

"Sebagai rakan karib dan rakan kongsi penting Kepri, Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan Kepri dalam perjuangan bersama kami melawan Covid-19," kata kenyataan itu lagi. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3