SINGAPURA akan menjalankan ujian klinikal manusia pada minggu depan ke atas 23 individu yang sihat untuk potensi rawatan Covid-19.
Percubaan Tahap 1, yang dibangunkan oleh syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Singapura, Tychan, akan dilakukan oleh Unit Penyelidikan Perubatan SingHealth dan akan memakan masa sekitar enam minggu, lapor The Straits Times.