S'pura akan pertingkat kerjasama dengan Indonesia menentang militan
Jan 16, 2016 | 05:30 AM
SINGAPURA akan meningkatkan pertukaran risikan di samping usaha lain bagi menentang golongan pelampau bersama Indonesia, ujar Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, semalam.
Menurut Dr Ng, beliau telah menulis kepada rakan sejawatannya, Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Ryamizard Ryacudu, mengucapkan takziah Singapura menyusuli serangan pengganas di Jakarta kelmarin yang mengorbankan tujuh jiwa.