Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura alu-alu usaha perkukuh kerjasama ekonomi, kesihatan awam dengan Jepun: PM Lee

May 25, 2021 | 08:16 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah mengundang Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga, untuk mengunjungi Singapura apabila keadaan Covid-19 di sini membenarkan.



Ini adalah memandangkan Dialog Shangri-La yang sepatutnya diadakan di sini pada 4 dan 5 Jun dan mengetengahkan Encik Suga sebagai penyampai ucapan dasar terpaksa dibatalkan sebagai langkah keselamatan dalam tempoh pandemik Covid-19.



Encik Lee telah menyampaikan hasratnya mengundang Encik Suga ke sini dalam satu panggilan telefon pada Selasa (25 Mei).



Ini dikongsi beliau di Facebook.



Ia turut dimaklumkan dalam satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa.



Menurut kenyataan MFA, kedua-dua perdana menteri akur sekali lagi pada hubungan sangat baik antara Singapura dan Jepun.



Perdana Menteri Lee berkata Singapura mengalu-alukan usaha mendalami kerjasama ekonomi dan kesihatan awam bersama Jepun bagi menyokong pemulihan pasca Covid-19 oleh kedua-dua negara termasuk di dalam aspek seperti pengesahan bersama sijil kesihatan.



Mengenai ketetapan import makanan Singapura yang menetapkan import dari Fukushima melalui ujian praeksport dan Sijil Asalan, Singapura berpuas hati dengan hasil pengawasan keselamatan makanan dan akan mengangkat ketetapan itu. 



Kedua-dua Perdana Menteri, jelas MFA, bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan serantau dan antarabangsa menerusi panggilan telefon tersebut.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >