Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN KAMALA HARRIS KE SINGAPURA

S'pura, Amerika Syarikat meterai 3 memorandum persefahaman

Kerjasama itu merangkumi keselamatan siber, tangani krisis perubahan iklim dan memerangi pandemik
Aug 24, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Amerika Syarikat semalam memeterai tiga memorandum persefahaman (MOU) untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan siber, termasuk mengatasi ancaman dan insiden keselamatan dalam talian.



Dua negara itu juga bakal berganding bahu dengan lebih erat untuk menangani krisis perubahan iklim dari sudut pentadbiran sekitaran, pembangunan mampan serta huraian rendah karbon.



Kerjasama dalam pelbagai bidang itu diumumkan semalam dalam satu sidang akhbar kendalian Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama Naib Presiden Amerika Syarikat Cik Kamala Harris di Istana semalam.



Cik Harris berada di republik ini bagi satu lawatan rasmi yang akan berakhir hari ini.



Dalam sidang itu, Encik Lee berkata: "Pada ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik Singapura dan Amerika Syarikat, saya gembira kami akan memulakan kerjasama dalam bidang yang baru.



"Kami telah menyelesaikan tiga perjanjian antara agensi ketahanan siber dan kewangan kami. Singapura dan Amerika Syarikat juga sedang melancarkan satu kerjasama iklim."



Semalam, agensi yang terlibat dalam perjanjian tersebut memberikan perincian lanjut tentang kerjasama yang boleh dijangkakan.



KESELAMATAN SIBER



MOU pertama yang ditandatangani akan meningkatkan kerjasama keselamatan siber antara Agensi Keselamatan Siber Singapura dan rakan agensinya di Amerika, Agensi Keselamatan Siber dan Keselamatan Prasarana.



Ini merupakan perjanjian sedemikian yang kedua, menyusuli perjanjian awal pada 2016.



Di bawah MOU baru, dua agensi itu akan berganding bahu dalam bidang seperti pertukaran maklumat tentang ancaman siber, penyelarasan respons kepada insiden keselamatan siber, serta perkongsian maklumat tentang trend keselamatan siber dan amalan terbaik.



MOU kedua pula dimeterai antara Penguasa Kewangan Singapura dan Jabatan Perbendaharaan Amerika untuk meningkatkan usaha mengekalkan dan memperkukuh hubungan institusi secara dua hala serta melanjutkan usaha sama dalam keselamatan siber.



Perjanjian ini akan meningkatkan kerjasama dalam bidang seperti perkongsian maklumat berkenaan sektor kewangan, latihan kakitangan dan lawatan pembelajaran, serta latihan keselamatan siber yang rentas sempadan.



MOU ketiga pula ditandatangani oleh Jabatan Pertahanan Amerika dan Kementerian Pertahanan Singapura untuk merasmikan kerjasama siber antara kededua pihak.



Perjanjian itu juga akan mempermudah perkongsian maklumat dan kerjasama antara kededua negara sedang mereka meningkatkan usaha pembangunan kapasiti dalam pertahanan digital.



IKLIM, EKONOMI DAN PANDEMIK



Di samping itu, Singapura dan Amerika Syarikat juga semalam mengumumkan kerjasama untuk mengatasi perubahan iklim.



Kerjasama itu akan mewujudkan peluang bagi perniagaan dan pekerja dalam sektor pertumbuhan hijau, termasuk dalam peralihan tenaga, pembangunan prasarana tenaga bersih, pengangkutan mampan, kewangan mampan dan pasaran kredit karbon, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.



Semalam, kededua negara juga mengumumkan bahawa kededua negara sedang berusaha untuk melancarkan inisiatif baru di bawah Kerjasama Amerika Syarikat-Singapura bagi Pertumbuhan dan Inovasi.



Kerjasama itu akan memberi tumpuan kepada ekonomi digital, teknologi tenaga dan sekitaran, perkilangan lanjutan, dan penjagaan kesihatan.



Kededua negara juga bersetuju untuk memerangi pandemik dan melancarkan dialog peringkat tinggi mengenai rantai bekalan, yang akan mengumpulkan pemimpin pemerintah dan industri untuk membincangkan cara memperkukuh daya tahan rantai bekalan.



Mengenai kerjasama ini, Cik Harris berkata: "Pandemik ini telah memberi kesan yang besar kepada ekonomi serta pada keluarga dan pekerja, dan telah mendedahkan - apa yang telah diketahui ramai sebelum ini tetapi ditonjolkan semasa pandemik ini - iaitu rantai bekalan yang mudah terjejas."



"Oleh itu, kerjasama dengan rakan seperti Singapura mengenai usaha memperkukuh rantai bekalan adalah kritikal."



Selain itu, dua program baru berkenaan 'pertukaran profesional bandar bijak' dan 'bangunan hijau bandar bijak' telah dilancarkan.



Dua program itu akan memupuk kerjasama lebih rapat serta perkongsian ilmu antara Amerika, Singapura dan negara Asean lain menerusi Rangkaian Bandar Bijak Asean, satu inisiatif yang diterajui Singapura semasa menjadi pengerusi Asean pada 2018.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata semalam kerjasama itu akan membantu bandar untuk mengurangkan pengeluaran gas dan menjadi lebih mampan, serta memanfaatkan huraian digital yang hijau.



Laporan lanjut: S'pura tawar penggunaan pesawat tangki pindah pelarian di Afghanistan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >