PRESIDEN Tony Tan Keng Yam telah menganugerahkan Pingat Jasa Gemilang kepada Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Akhil Bulat.
Ia bagi mengiktiraf peranan dan komitmen cemerlang Datuk Seri Akhil dalam mengeratkan hubungan antara Cawangan Khas Malaysia (MSB) dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura serta sumbangan penting beliau kepada keselamatan Malaysia, Singapura dan rantau ini.