Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Arab Saudi tingkat hubungan kepada perkongsian strategik

Oct 21, 2023 | 11:33 PM



Singapura dan Arab Saudi telah bersetuju untuk meningkatkan hubungan mereka kepada perkongsian strategik, menurut kementerian luar negara kedua-dua negara pada Sabtu. 

Dalam satu kenyataan bersama mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong ke Saudi dari Selasa hingga Jumaat, kedua-dua negara berkata perkongsian seperti itu akan membolehkan kerjasama yang lebih erat dan saling menguntungkan dalam semua bidang. 

Encik Lee juga menulis dalam satu pos Facebook pada Sabtu: “Ini adalah yang pertama kali bagi Singapura dengan sebuah negara Timur Tengah, dan akan memperkukuhkan kerjasama kita merentasi banyak bidang.” 

Beliau telah disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada Rabu, dan kededua pemimpin telah menyemak semula hubungan dua hala dan cara memperkukuhkan lagi hubungan dalam semua bidang, menurut kenyataan itu. 

Encik Lee menyampaikan penghargaan kepada Putera Mahkota Mohammed atas sokongan jemaah Singapura yang menunaikan haji. 

Singapura juga menyatakan sokongan kepada usaha Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034. 

Semasa lawatan itu, kedua-dua pihak mengalu-alukan kemajuan baik yang dicapai oleh Jawatankuasa Bersama Saudi-Singapura, yang mengadakan pertemuan sesi ketiga di Riyadh pada 17 Oktober. 

Kenyataan itu juga menggariskan bidang-bidang perbincangan yang luas antara kedua pihak. 

Ini termasuk dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, dengan kededua pemimpin mengalu-alukan pertumbuhan nilai dagangan dua hala pada 2022 yang tumbuh sebanyak 51 peratus berbanding 2021. 

Dalam bidang tenaga, kedua-dua pihak menekankan perlunya memastikan keselamatan bekalan dalam pasaran sejagat dengan menggalak dialog dan kerjasama antara negara. 

Jelas kenyataan itu, mengenai perubahan iklim, Singapura menyatakan sokongan terhadap usaha Saudi. 

Kedua-dua pihak juga menekankan kepentingan pakatan iklim global, dan keperluan untuk membangunkan dan melaksanakan perjanjian iklim dengan memberi tumpuan kepada pelepasan dan bukannya sumber.   

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pertahanan dan keselamatan, serta beberapa bidang seperti air dan pelancongan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >