S'pura bakal anjur sidang keharmonian agama, perpaduan sosial antarabangsa yang dicetus Presiden Halimah
Mar 31, 2019 | 05:30 AM
SINGAPURA bakal menjadi tuan rumah bagi persidangan keharmonian silang agama dan perpaduan sosial antarabangsa yang buat julung kalinya diadakan di sini.
Sidang itu akan diadakan dari 19 hingga 21 Jun ini di Pusat Konvensyen Raffles City.