Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bakal mula VTL dengan Indonesia dan India mulai 29 Nov; bersama Qatar, UAE dan Arab Saudi mulai 6 Dis

VTL
Nov 15, 2021 | 07:22 PM



PENGUNJUNG dari Indonesia dan India boleh memasuki Singapura di bawah skim perjalanan bebas kuarantin mulai 29 November dalam satu langkah yang akan membangun semula hubungan udara bersama dua daripada tiga pasaran terbesar Lapangan Terbang Changi.



Selain itu, pengembara dari Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) akan dapat memasuki Singapura mulai 6 Disember dalam satu peluasan lanjutan Skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL).



Indonesia bagaimanapun belum lagi membuka sempadannya bagi kembara bebas kuarantin buat pengunjung dari Singapura.



Namun, pengembara boleh melancong tanpa kuarantin untuk ke atau daripada India, Qatar, Arab Saudi dan UAE, yang awal sebelum ini sudah membuka sempadannya buat pengunjung yang sudah divaksin dari Singapura.



Keterangan lanjut mengenai VTL ini akan diumumkan tidak lama lagi.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mengumumkan peluasan VTL ini pada Isnin (15 November).



Ia menasihati pengembara agar memeriksa ketetapan kemasukan negara yang menawarkan VTL ini kerana ia berbeza. Ketetapannya juga berubah sedang situasi Covid-19 berubah dari masa ke masa, tambah CAAS.



CAAS dan Kementerian Kesihatan (MOH) juga sedang memantau rapi situasi Covid-19 sedunia dan di setiap negara VTL dan akan mengubahsuai langkah yang diperkenalkan jika perlu, tambahnya.



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, menjelaskan sewaktu sidang akhbar pasukan bertindak berbilang kementerian Covid-19 bahawa negara yang Singapura terbuka untuk terima adalah destinasi penting.



Sebagai contoh, India membentuk sekitar 7 peratus kedatangan penumpang di Lapangan Terbang Changi pada 2019.



India, Indonesia, Qatar, Arab Saudi dan UAE adalah dalam Kategori Dua, Klasifikasi Risiko MOH bagi langkah sempadan.



Klasifikasi negara ini bererti mereka sama ada mempunyai kadar jangkitan Covid-19 yang sama jumlahnya atau lebih rendah daripada Singapura dan negara VTL lain.



Menjelang 6 Disember ini, Singapura akan mempunyai sejumlah 21 VTL.



Awal sebelum ini, Singapura mengumumkan VTL bersama 16 negara lain. 13 daripadanya sudah bekuatkuasa manakala tiga lagi bersama Malaysia, Sweden dan Finland dijadualkan bermula pada 29 November.



Pada Isnin, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, berkata sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia mungkin dibuka semula dalam masa beberapa minggu lagi di bawah urusan persis VTL.



Pengunjung yang memasuki Singapura di bawah skim VTL tidak perlu melalui tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN). Sebaliknya, mereka perlu diuji negatif Covid-19 dua hari sebelum keberangkatan ke Singapura serta sewaktu ketibaan.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >