Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bebas dadah hasil pendirian tanpa kompromi: MHA

Mar 15, 2016 | 02:21 PM



Pendirian tanpa kompromi terhadap dadah adalah sebab Singapura agak bebas dadah, dengan penagih dadah yang ditahan membentuk kurang 0.1 peratus daripada penduduk negara ini.



Menteri Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Lee, berkata demikian pada Isnin (14 Mac) pada mesyuarat perwakilan antarabangsa, di Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah Narkotik (CND) di Vienna, Austria.



CND tahun ini ialah mesyuarat persediaan bagi Sesi Khas Perhimpunan Agung PBB (Ungass) mengenai masalah dadah di dunia pada April, apabila para anggota akan membuat keputusan mengenai dasar kawalan dadah global.



Encik Lee menolak seruan agar masalah dadah disifatkan sebagai "isu kesihatan awam" semata-mata, sambil menunjukkan ia juga kebimbangan keselamatan awam.



"Jika kita tidak menangani penyalahgunaan dadah dengan tegas, dan membenar ia berakar, akan ada akibat serius... masyarakat lebih luas membayar harga besar dari segi jenayah," katanya.



Beliau menambah bahawa Singapura akan teguh dalam pendiriannya, walaupun sesetengah negara telah bergerak ke arah lebih liberal pendekatan "pengurangan kemudaratan" berhubung dadah.



"Pendekatan pengurangan kemudaratan, dengan program seperti pertukaran jarum atau candu gantian, tidak relevan dalam konteks kami," kata Encik Lee.



"Kami juga tidak menyokong seruan agar pengambilan dadah tidak dikira jenayah atau ia dibenarkan. Ini tidak terpakai bagi masyarakat yang agak bebas dadah," ujar beliau.



Beliau juga menolak seruan agar dibenarkan amalan pengambilan ganja bagi kegunaan perubatan atau riadah.



Dalam membuat kenyataan itu, Encik Lee merujuk kepada dua kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh pakar-pakar Singapura itu, yang menurut beliau, menyokong "pendekatan pencegahan bahaya" Singapura.



Ditugaskan oleh Kementerian Dalam Negeri tahun lepas, ia dijalankan penyelidik dari Sekolah Perubatan Duke-NUS dan Institut Kesihatan Mental (IMH).



Pengurangan kemudaratan memberi tumpuan pada matkamat mengurangkan jangkitan HIV dan penyakit lain melalui program pertukaran jarum, dan bukan mengurangkan bahaya dadah kepada masyarakat.



Kajian Sekolah Perubatan Duke-NUS mendapati pendakatan itu mempunyai kesan rendah ke atas usaha mencegah penyakit seperti HIV dan Hepatatit C.



Kajian IMH pula mendapati manfaat perubatan ganja tidak jelas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >