Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura-Brunei perkukuh hubungan dengan MOU pembangunan sosial

Sep 29, 2020 | 09:59 PM



SINGAPURA dan Brunei Darussalam telah memperluas  lagi hubungan istimewa yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai pembangunan sosial.



MOU ini dimeterai Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) di Singapura bersama Kementerian Budaya, Belia dan Sukan Brunei Darussalam menerusi sidang video pada Isnin (28 September).



MOU ini merupakan asas dalam melaksanakan kerjasama praktikal dan program peningkatan keupayaan, antara lain, melalui perkongsian amalan terbaik dan pertukaran maklumat; serta program bekerja sambil belajar dan program latihan mengenai kerja sosial, khidmat sosial dan perlindungan sosial yang berkaitan dengan kanak-kanak, warga emas, wanita dan golongan kurang upaya.



MOU itu ditandatangani secara serentak oleh Pengiran Haji Mohd. Hasnan Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan d bagi pihak kerajaan Brunei Darussalam dan Setiausaha Tetap Kedua (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Stanley Loh Ka Leung, bagi pihak Singapura.



Upacara menandatangani MOU itu disaksikan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Datuk Seri Paduka Haji Abidin dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Butiran mengenai MOU tersebut didedahkan dalam satu kenyataan MSF pada Selasa malam (29 September).



Datuk Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan berharap MOU ini  akan mengukuhkan lagi kerjasama yang berterusan terutama dalam membolehkan kedua-dua kementerian  bekerjasama lebih dekat dengan membina amalan terbaik antara satu sama lain.



Encik Masagos pula menggariskan kepentingan MOU itu kerana ia berfungsi untuk mengeratkan lagi hubungan baik yang telah lama terjalin antara Brunei dan Singapura serta memperkukuh kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua kementerian.



Menurut Encik Masagos lagi, MOU itu petanda tekad kedua-dua kementerian memanfaatkan pengalaman dan amalan terbaik masing-masing dalam membangun masyarakat yang lebih kuat dan lebih berdaya tahan bagi memastikan kumpulan yang rentan di negara masing-masing tidak ketinggalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >